Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempoh pasca jagaan penghuni rumah pemulihan belia MSF dipanjangkan kepada setahun

Para belia yang sudah selesai menjalani pemulihan di Singapore Boys' dan Girl's Home akan menerima sokongan "pasca jagaan" yang lebih lama iaitu setahun berbanding dua bulan sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Tempoh pasca jagaan penghuni rumah pemulihan belia MSF dipanjangkan kepada setahun

(Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 06 Mar 2019 04:58PM Dikemas Kini : 06 Mar 2019 05:02PM

SINGAPURA: Para belia yang sudah selesai menjalani pemulihan di Singapore Boys' dan Girl's Home akan menerima sokongan "pasca jagaan" yang lebih lama iaitu setahun berbanding dua bulan sekarang.

Menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) Encik Desmond Lee hari ini (6 Mac), ia dilaksanakan untuk memudahkan peralihan dan memperbaiki integrasi semula para belia ke pangkuan masyarakat.

Para belia yang melanggar undang-undang atau di luar kawalan ibu bapa boleh dihantar ke pusat-pusat pemulihan yang dikendalikan MSF yang menyediakan khidmat penjagaan dan pemulihan untuk mereka.

Encik Lee berkata: "Selepas mereka keluar dari pusat-pusat pemulihan belia MSF, mereka mungkin mengulangi kesalahan atas pelbagai sebab seperti salah campuran, situasi keluarga yang mencabar dan sebagainya," kata Encik Lee dalam ucapan Jawatankuasa Perbekalan kementeriannya.

Sehubungan itu, MSF menyatakan bahawa beberapa bekas penghuni pernah berkongsi tentang kerunsingan dan adakalanya ketiadaan individu yang boleh dipercayai untuk mereka dekati dan mendapatkan nasihat dan bantuan selepas mereka keluar daripada pusat-pusat pemulihan belia MSF.

MSF menambah bahawa tempoh sokongan pasca penjagaan yang dilanjutkan itu akan membantu mengukuhkan usaha yang sudah dijalankan seperti kemahiran-kemahiran yang dipelajari dan tabiat yang dipupuk semasa mereka berada di rumah-rumah pemulihan itu.

Tempoh lebih panjang itu juga dapat mengukuhkan hubungan mereka dengan agensi-agensi masyarakat yang ditubuhkan semasa para belia itu berada di dalam jagaan.

"Sekiranya ada isu yang timbul, mereka dapat membantu belia-belia ini untuk menangani dan menyelesaikannya lebih awal. Sokongan yang diberikan akan disesuaikan dengan keperluan belia-belia ini,"

Sistem baru itu dijangka bermula pada lewat tahun ini melibatkan sekitar 15 hingga 20 orang belia yang bakal selesai menjalani pemulihan dalam masa enam bulan. Ia juga akan dikembangkan secara progresif pada tahun 2020 untuk merangkumi setiap belia yang keluar dari pusat-pusat pemulihan belia MSF. 

Sumber : CNA/IL/il
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan