Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempoh kelonggaran 13-19 Okt sebelum peraturan larang masuk ke pusat beli-belah bagi individu tidak divaksin dilaksanakan

Tempoh kelonggaran seminggu dari 13 Oktober hingga 19 Oktober diberikan kepada individu tidak divaksin untuk masuk ke pusat beli belah sebelum langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi dilaksanakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Tempoh kelonggaran 13-19 Okt sebelum peraturan larang masuk ke pusat beli-belah bagi individu tidak divaksin dilaksanakan

(Gambar; AFP)

Diterbitkan : 10 Oct 2021 02:53PM Dikemas Kini : 10 Oct 2021 03:28PM

SINGAPURA: Tempoh kelonggaran seminggu dari 13 Oktober hingga 19 Oktober diberikan kepada individu tidak divaksin untuk masuk ke pusat beli belah sebelum langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi dilaksanakan.

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH), Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Enterprise Singapore (ESG) dalam satu kenyataan media bersama pada Ahad (10 Okt).

Pasukan bertindak berbilang kementerian bagi COVID-19 mengumumkan pada Sabtu, langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi diperluas, demi "melindungi individu tidak divaksin dan mengurangkan tekanan ke atas sistem jagaan kesihatan kita."

Bermula 13 Oktober, hanya mereka yang lengkap divaksin akan dibenarkan memasuki pusat beli-belah dan kedai gedung besar berasingan yang bukan pasar raya, menurut pasukan bertindak itu. Kedai-kedai berasingan yang dianggap besar adalah yang berukuran lebih 930 meter persegi (sqm).

Kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah, pesakit yang sudah pulih daripada COVID-19 dan mereka yang tidak divaksin tetapi ada hasil ujian pra-acara negatif yang sah, juga dibenarkan memasuki premis-premis tersebut.

"Kami maklum keprihatinan yang diutarakan orang ramai berkenaan keperluan bagi sesetengah individu tidak divaksin untuk mengakses khidmat perubatan dan jagaan kanak-kanak di pusat-pusat beli belah.

"Kelonggaran akan dibenarkan untuk membolehkan mereka mengakses khidmat-khidmat itu," menurut pihak berkuasa.

MTI dan ESG sedang "bekerjasama rapat" dengan pengendali pusat beli-belah untuk membolehkan penyewa, pengendali pusat membeli-belah, dan orang ramai membiasakan diri dengan proses dan pemeriksaan baru, menurut kedua-dua pihak itu.

Maklumat lanjut akan dikeluarkan dalam makluman nasihat sebelum 13 Oktober, tambah pihak berkuasa.

"Kami mohon sokongan semua orang untuk mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat dan bekerjasama dengan pusat beli-belah ketika mereka melaksanakan langkah-langkah pengurusan selamat yang berbeza berdasarkan status vaksinasi. Ini akan membantu mengurangkan risiko penularan dan memperlahankan kadar jangkitan dalam masyarakat semasa fasa penstabilan ini," tambah pihak berkuasa. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan