Images
  • Changi Airport
    Gambar fail menara Lapangan Terbang Changi. 

Tempat letak kereta T1 Lapangan Terbang Changi dibuka 20 Nov

SINGAPURA: Terminal 1 (T1) Lapangan Terbang Changi bakal mempunyai tempat letak keretanya sendiri mulai 20 November ini.

Ia terletak dalam bangunan Jewel Lapangan Terbang Changi dan sebahagian daripada kerja perluasan terminal itu.

Sebelum ini, para pemandu perlu meletakkan kenderaan mereka di Terminal 2 dan menaiki Skytrain untuk ke Terminal 1.

Tempat letak kereta di Terminal 1 itu mempunyai lima tingkat bawah tanah. Dua tingkat teratas boleh menampung 440 lot bagi para pemandu yang ingin meletakkan kereta mereka kurang daripada 90 minit.

Kira-kira separuh daripada 2,500 lot akan disiapkan dahulu, iaitu lot-lot yang terletak di dua tingkat teratas dan 700 lagi di tiga tingkat terbawah.

Bakinya akan siap secara bertahap-tahap sebelum Jewel dibuka pada 2019. Kumpulan Lapangan Terbang Changi menyatakan kerja-kerja bagi memperluaskan T1 sudah sekitar 85 peratus siap.

Jumlah tempat bagi menuntut bagasi di T1 juga ditambah kepada 10. Ia juga akan menggunakan sistem penyusunan automatik, sama seperti di tiga terminal lain.

Kerja-kerja perluasan T1 bermula pada Mac 2015 bersamaan dengan pembangunan Jewel.

Ini akan meningkatkan kapasiti keseluruhan lapangan terbang itu daripada 82 juta kepada 85 juta penumpang setiap tahun.  

- CNA/NT/aq

Top