Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempat letak kereta di 8 bandar HDB akan dilengkapi dengan pengecas kenderaan elektrik jelang 2025

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperluaskan prasarana pengecas kenderaan elektrik (EV) di Singapura, semua tempat letak kenderaan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di sekurang-kurangnya lapan bandar akan dilengkapi dengan pengecas EV menjelang 2025.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Mar 2021 04:26PM Dikemas Kini : 04 Mar 2021 09:43PM

SINGAPURA: Sebagai sebahagian daripada usaha untuk memperluaskan prasarana pengecas kenderaan elektrik (EV) di Singapura, semua tempat letak kenderaan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di sekurang-kurangnya lapan bandar akan dilengkapi dengan pengecas EV menjelang 2025.

Kelapan-lapan bandar itu - Ang Mo Kio, Bedok, Choa Chu Kang, Jurong West, Punggol, Queenstown, Sembawang dan bandar Tengah yang bakal siap - adalah sebahagian daripada pendekatan untuk menyediakan tempat pengecas di kawasan-kawasan bandar, umum Menteri Pengangkutan Ong Ye Kung di Parlimen pada Khamis (4 Mac).

"Menjelang tahun 2030-an, kami akan berusaha sedaya upaya untuk menjadikan setiap bandar HDB sebagai bandar yang sudah bersiap sedia untuk mengecas EV," katanya.

Bandar-bandar tersebut dipilih kerana ia mempunyai jumlah tempat letak kenderaan yang tinggi dengan kapasiti elektrik yang berupaya menyokong pemasangan kemudahan pengecas, dedah Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Dalam masa terdekat, kemudahan pengecas akan dipasang di pelbagai tempat letak kenderaan awam di merata negara di mana sesuai dan di mana terdapat kapasiti elektrik tambahan.

Sesi mengumpul maklum balas industri mengenai penyertaan sektor swasta dalam pemasangan kemudahan pengecas awam akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

Inisiatif-inisiatif itu selaras dengan matlamat untuk memasang 60,000 kemudahan pengecas EV di merata Singapura menjelang 2030, dengan 40,000 daripadanya akan ditempatkan di tempat letak kenderaan awam, sementara lagi 20,000 akan dipasang di premis-premis privet.

Bagi piawai pengecasan awam, Singapura menurut Encik Ong, memilih Jenis 2 bagi pengecasan AC dan CCS 2 bagi DC atau pengecasan pantas.

Dengan jarak antara 400 kilometer hingga 500 kilometer bagi setiap kali dicas, pengguna EV secara amnya perlu mengecas sekitar lima hari sekali, sambil menambah bahawa kemudahan pengecas perlu dikongsi bersama, khususnya di tempat letak kenderaan awam.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan