Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempahan khas kapal selam tentera laut buatan Jerman 'seakan-akan BMW'

Kapal selam ini mampu mengesan 2,000 kapal yang melalui perairan Selat Singapura setiap hari

Anggaran Waktu Membaca:
Tempahan khas kapal selam tentera laut buatan Jerman 'seakan-akan BMW'

Kapal selam Type 218SG. (Gambar: MINDEF/Facebook)

Diterbitkan : 02 Jul 2018 10:52PM Dikemas Kini : 02 Jul 2018 10:55PM

SINGAPURA: Lebih 30 meter di bawah perairan di sekeliling Singapura, hanya bunyi menjadi panduan memandangkan cahaya tidak berupaya menerangi persekitaran.

Kapal selam terbaru Angkatan Tentera Laut Singapura (RSN) yang dinamakan Type 218SG itu dilengkapi penderiaan yang mampu mengesan 2,000 kapal yang melayari perairan Selat Singapura, setiap hari.

Kapal selam buatan Jerman menawarkan pilihan yang terbaik daripada segi teknologi, lojistik, latihan dan pertukaran pengetahuan. Dilaporkan bahawa kontrak bagi dua buah kapal selam Type 218SG yang pertama bernilai lebih satu bilion euro (S$1.6 bilion)

Penghasil kapal selam itu, ThyssenKrupp Marine Systems (TKMS) juga menyediakan alat bantuan penglihatan alam maya yang beresolusi tinggi bagi para pegawai Singapura menggunakannya. Ia membolehkan para pegawai 'meneroka' kapal selam dan membuat penyesuaian walau sekecil mana.

Kementerian Pertahanan menyatakan bahawa Singapura akan mendapatkan sebanyak empat buah kapal selam Type 218SG, dengan penghantarannya bermula pada 2021. 

Sumber : CNA/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan