Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempahan kambing korban tahun ini lebih perlahan; sekitar 40% terjual sejauh ini

Lebih 1,700 atau sekitar 40% peratus kambing korban sudah ditempah menerusi masjid-masjid setempat bagi Hari Raya Haji tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih 1,700 atau sekitar 40 peratus kambing korban sudah ditempah menerusi masjid-masjid setempat bagi Hari Raya Haji tahun ini.

Di dua buah masjid - Masjid An-Nur di Woodlands dan Masjid Al-Islah di Punggol - bekalan 100 ekor yang ditawarkannya sudah habis sama sekali. Harga yang ditawarkan antara S$300-330 seekor.

Namun demikian, menurut pemerhatian BERITAmediacorp, tempahan kambing korban kendalian masjid-masjid tahun ini nampaknya tidak serancak pada tahun lalu.

Tahun lalu lebih 95 peratus bekalan kambing yang ditawarkan habis dalam tempoh 14 hari sahaja, walaupun harganya lebih mahal iaitu S$480 seekor. 3,600 daripada 3,700 ekor kambing korban terjual dalam tempoh itu.

Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) mengesahkan kepada kami, tahun ini maksimum 4,200 ekor kambing korban di tawarkan oleh 42 buah masjid, dengan setiap satu menawarkan sehingga 100 ekor kambing.

Dengan sekitar 1,700 ekor kambing sudah terjual sehingga hari ini (15 Jul), ini bermakna sekitar 40 peratus sahaja sudah dibeli para jemaah dalam tempoh dua minggu sejak pendaftaran dibuka.

Pada 2018 pula, kesemua 3,700 kambing habis dijual 21 hari sebelum Hari Raya Haji.

TARIKH TEMPAHAN DITUTUP PADA 24 JULAI

Anggota masyarakat Muslim tempatan punya masa lagi sembilan hari untuk membuat tempatan, memandangkan tarikh penutup tempahan adalah 24 Julai ini.

Di lima buah masjid berikut, bekalannya kini cukup terhad, iaitu antara enam hingga 20 ekor sahaja yang masih ada:

Masjid Al-Muttaqin (20), Masjid Yusof Ishak (6), Masjid Al-Istighfar (6), Masjid Al-Huda (18), Masjid Al-Iman (19), Masjid Assyakirin (14).

Masjid-masjid yang masih banyak lagi bekalan, iaitu 80 ekor ke atas, adalah:

Masjid Wak Tanjong (97), Masjid Ahmad (98), Masjid Al-Firdaus (97), Masjid Darussalam (97), Masjid Hang Jebat (92) dan Masjid Pusara Aman (92), Masjid Hajah Rahimabi (98), Masjid Al-Istiqamah (81), Masjid An-Nahdhah (85), Masjid Al-Amin (81), Masjid Jamiyah Ar-Rabitah (88), Masjid Omar Kg Melaka (81), Masjid Al-Taqua (80) dan Masjid Haji Mohd Salleh Geylang (82).

Ini bermakna masih terdapat sekitar 2,500 kambing korban yang belum terjual.

PENYELEMBIHAN KAMBING KORBAN DI AUSTRALIA

Hari Raya Haji tahun ini jatuh pada 31 Julai - iaitu kurang tiga minggu lagi.

Kambing-kambing yang ditawarkan tahun ini tidak akan diterbangkan ke Singapura sebaliknya upacara penyembelihan kambing-kambing korban itu akan dijalankan di Australia.

Daging korban itu kemudian akan dibekukan dan dihantar ke Singapura. Ini disebabkan keadaan kian berubah-ubah disebabkan wabak COVID-19.

Jika anda mahu menempah kambing korban, anda boleh melakukannya di masjid-masjid berikut:

Al-Istiqamah
Al-Muttaqin
An-Nahdhah
Darul Makmur
En-Naeem
Hajah Rahimabi
Yusof Ishak
Abdul Gafoor
Al-Amin
Jamae Chulia
Jamiyah Ar-Rabitah
Mujahidin
Omar Kg Melaka
Al-Abdul Razak
Al-Ansar
Al-Istighfar
Al-Mawaddah
Al-Taqua
Alkaff Kampung Melayu
Darul Aman
Haji Mohd Salleh Geylang
Kampung Siglap
Kassim
Khalid
Sallim Mattar
Wak Tanjong
Ahmad
Al-Firdaus
Al-Huda
Al-Iman
Al-Khair
Al-Mukminin
Ar-Raudhah
Assyakirin
Darussalam
Hang Jebat
Hasanah
Maarof
Pusara Aman
Tentera Di-Raja 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan