Images
  • firework platform ndp
    (Gambar: Jeremy Long)

Tempahan hotel di sekitar Padang kian rancak jelang NDP

SINGAPURA: Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) edisi Bicentennial Singapura akan berlangsung sebulan lagi.

Bagi anda yang tidak dapat tiket menyaksikannya di Padang, anda masih boleh melihat acaranya secara langsung dari sekitar kawasan NDP itu.

Menurut pihak hotel Swissotel The Stamford dan Fairmont Singapore, yang paling hampir dengan kawasan Padang, tempahan untuk bilik-bilik yang menghadap kawasan itu semakin rancak sejak pembahagian tiket-tiket NDP selesai.

CNA juga mendapatkan reaksi hotel-hotel yang lebih dekat dengan Marina Bay di mana NDP lazimnya diadakan hampir setiap tahun.

Hotel-hotel itu menyatakan meskipun tempat NDP dianjurkan sudah berubah, orang ramai masih boleh melihat acara-acara terbang lalu helikopter dan jet-jet pejuang NDP selain menikmati pemandangan dekat pertunjukan bunga api.

Bagi memeriahkan lagi suasana, kakitangan beberapa hotel akan berpakaian merah putih atau tradisional semasa tempoh sambutan Hari Kebangsaan kelak.

Bahkan, pihak hotel juga akan menawarkan pelbagai juadah istimewa bertemakan NDP.

Untuk mengikuti NDP secara percuma, ada juga boleh ke tempat-tempat seperti Esplanade, Jambatan Esplanade atau Taman Merlion yang terbuka kepada orang ramai.

- CNA/AA/fz

Top