Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempahan 'flat baki' ROF kini terbuka bila-bila masa mulai 18 Jun

Para pembeli rumah kini boleh menempah flat pilihan mereka bila-bila masa sahaja di bawah Skim Tawaran Semula Flat Baki (ROF).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jun 2019 09:21PM Dikemas Kini : 11 Jun 2019 09:26PM

SINGAPURA: Para pembeli rumah kini boleh menempah flat pilihan mereka bila-bila masa sahaja di bawah Skim Tawaran Semula Flat Baki (ROF).

Perkara itu diumumkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam satu kenyataan media hari ini (11 Jun).

Ia adalah sebahagian daripada usaha HDB untuk memberi lebih banyak pilihan flat kepada bakal pembeli.

Secara keseluruhannya, 123 flat boleh dimohon oleh para pembeli mulai 18 Jun ini.

Daripada jumlah itu, 105 flat yang ada terletak di estet-estet matang seperti Ang Mo Kio, Bukit Merah dan Toa Payoh sementara lagi 18 pula di estet seperti Bukit Batok serta Jurong West.

Menurut kenyataan HDB, bekalan baru flat-flat skim ROF akan disediakan, buat tempahan terbuka, dua kali setahun iaitu pada Februari dan Ogos.

Para pembeli kemudian boleh membuat permohonan secara online pada bila-bila masa sepanjang tahun.

HDB menyatakan perubahan tersebut akan menyediakan lebih banyak pilihan kepada para pembeli rumah untuk mencari flat yang memenuhi bajet dan keperluan mereka.

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan