Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tempahan bagi solat terawih dibuka 10 April

Tempahan slot bagi solat terawih akan dibuka pada Sabtu (10 April), mulai jam 9.00 malam menerusi laman ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Tempahan bagi solat terawih dibuka 10 April

Masjid Al-Ansar. (Gambar: Facebook)

SINGAPURA: Tempahan slot bagi solat terawih akan dibuka pada Sabtu (10 April), mulai jam 9.00 malam menerusi laman ini.

Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) menerusi catatan Facebooknya, sehingga 9,400 tempat tersedia setiap hari pada bulan Ramadan nanti.

Ini semestinya berita baik bagi masyarakat Islam kerana masjid-masjid ditutup sepanjang Ramadan tahun lalu.

Setiap masjid akan mengadakan satu sesi yang berlangsung antara 8.45 malam hingga 9.45 malam.

TEMPAHAN DIBUKA SECARA BERPERINGKAT

Bagi mempermudah semua jemaah, MUIS akan membuka tempahan bagi setiap 10 malam terawih.

Ini bermakna, tempahan yang dibuka pada 10 April adalah untuk solat terawih 10 Ramadan pertama, iaitu antara 12 hingga 21 April.

Tempahan selanjutnya akan dibuka pada Selasa (20 April) bagi solat terawih antara 22 April hingga 1 Mei. 

Solat terawih pada 10 malam terakhir bulan Ramadan boleh ditempah pada 30 April.

MUIS menerusi catatannya memberi jaminan bahawa langkah-langkah jarak selamat akan dilaksanakan di semua masjid demi menjaga keselamatan pada jemaah.

Badan penguasa Islam itu turut mengingatkan orang ramai bahawa solat terawih hanya boleh dianjurkan di masjid-masjid dan bukan tempat awam lain.

Para anggota masyarakat juga dinasihatkan supaya melakukan solat terawih di rumah bersama keluarga jika boleh.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan