Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Temasek Holdings labur S$1 bilion setahun bagi inovasi teknologi mendalam

Selain 'deep tech', pengilangan canggih, teknologi bersih dan teknologi makanan adalah antara bidang-bidang pelaburan yang menjadi tumpuan Temasek.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Oct 2021 08:48PM Dikemas Kini : 15 Oct 2021 11:51PM

SINGAPURA: Dana pelaburan negara Temasek Holdings akan memperuntukkan S$1 bilion setahun bagi inovasi teknologi mendalam atau 'deep tech'.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengumumkan demikian hari ini (15 Okt) semasa memberi kemas kini mengenai rancangan pemerintah untuk menyokong kerja-kerja penyelidikan yang dilakukan di negara ini.

Singapura, kata beliau, mesti sedia untuk melabur dalam usaha inovasi yang mengambil masa lama sebelum dapat melihat hasilnya.

Pengilangan canggih, teknologi bersih dan teknologi makanan adalah antara bidang-bidang pelaburan yang menjadi tumpuan Temasek.

Pelaburan itu akan menjadi asas untuk menghuraikan isu-isu seperti perubahan iklim, yang menurut Temasek adalah cabaran terbesar yang dihadapi dunia selain pandemik COVID-19.
Semasa berucap kepada penyelidik dan pemimpin perniagaan di acara Hari Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan siang tadi, DPM Heng berkata pelaburan-pelaburan itu akan membantu Singapura mengukuhkan kedudukannya dalam rantaian bekalan teknologi global.

DPM Heng mengundang pelabur yang menumpukan perhatian kepada inovasi supaya mencari peluang di Singapura dan di rantau ini.

Sumber : CNA/AI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan