Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Temasek beku gaji semua pekerja, pengurusan kanan boleh ambil potongan gaji sukarela

Berikutan keadaan wabak COVID-19, syarikat pelaburan negara Temasek akan membekukan gaji semua kakitangannya, termasuk untuk kenaikan pangkat bagi bayaran gaji dan faedah bulan April.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 25 Feb 2020 09:56AM Dikemas Kini : 25 Feb 2020 08:48PM

SINGAPUR: Berikutan keadaan wabak COVID-19, syarikat pelaburan negara Temasek akan membekukan gaji semua kakitangannya, termasuk untuk kenaikan pangkat bagi bayaran gaji dan faedah bulan April.

Pasukan pengurusan kanan syarikat itu - jawatan pengarah urusan dan ke atas - juga akan dibenarkan mengambil potongan gaji asas secara sukarela sehingga 5 peratus untuk tempoh sehingga setahun, menurut kenyataan syarikat itu.

Selain itu, para pegawai pengurusan kanan Temasek akan menerima sebahagian potongan pada bonus tahunan mereka, tahun ini.

Bajet yang asalnya diperuntukkan untuk kenaikan gaji itu, dicampur dengan potongan gaji asas sukarela daripada pengurusan kanan dan dipadankan dolar ke dolar oleh Temasek, akan didermakan kepada T-Touch, iaitu inisiatif sukarela oleh kakitangan Temasek.

Jumlah itu akan kemudian diketepikan untuk menghulurkan sokongan kepada masyarakat seperti yang diperlukan buat masa ini.

Difahamkan pengurangan gaji itu adalah langkah berjimat cermat dalam masa-masa yang mencabar. Syarikat pelaburan negara itu pernah melaksanakan pengurangan gaji semasa krisis-krisis sebelumnya, seperti SARS (Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk) pada 2003 dan Krisis Kewangan Global 2008.  

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/AY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan