Telur penyu dipindah ke pusat penetasan bagi pelihara spesis Hawksbill
Dalam usaha pemuliharaan penyu pula, sekitar 150 telur penyu sudah menetas di pusat penetasan pertama di Taman Marin Pulau Subar Darat, sejak pusat itu dibangunkan tahun lalu.
SINGAPURA: Dalam usaha pemuliharaan penyu pula, sekitar 150 telur penyu sudah menetas di pusat penetasan pertama di Taman Marin Pulau Subar Darat, sejak pusat itu dibangunkan tahun lalu.
Pada pagi Rabu (21 Ogos), sekelompok telur penyu spesis Hawksbill dipindahkan dari pantai East Coast ke pusat penetasan itu.
Pantai East Coast sebenarnya tempat sesuai bagi penyu-penyu bertelur.
Namun, oleh kerana adanya kerja pembinaan di persekitaran pantai itu Lembaga Taman Negara mengambil tindakan untuk mengumpulkan telur-telur penyu ini dan memindahkannya ke pusat penetasan di Pulau Subar Darat.
Daripada 152 telur yang dipindahkan, hanya 98 yang selamat.
Telur-telur penyu itu akan ditanam di dalam pasir agar dilindungi daripada haiwan pemangsa seperti biawak.
Orang ramai juga boleh menjadi relawan untuk memastikan penetasan telur berjalan lancar.
Tahun lalu, 10 sarang telur penyu yang berjaya menetas, namun penyu-penyu terus menghadapi ancaman termasuk kotoran pantai seperti beg-beg plastik, yang mencemari air laut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.