Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Telefon bijak $54; beratur panjang di cawangan Huawei merata S'pura

Barisan panjang boleh dilihat pada awal pagi Jumaat (26 Jul) di cawangan Huawei di merata Singapura, semata-mata untuk membeli telefon bijak pada harga promosi S$54 dari firma telekomunikasi China itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Telefon bijak $54; beratur panjang di cawangan Huawei merata S'pura

(Gambar: Ruth Smalley)

Diterbitkan : 26 Jul 2019 12:22PM Dikemas Kini : 26 Jul 2019 12:25PM

SINGAPURA: Barisan panjang boleh dilihat pada awal pagi Jumaat (26 Jul) di cawangan Huawei di merata Singapura, semata-mata untuk membeli telefon bijak pada harga promosi S$54 dari firma telekomunikasi China itu.

Promosi sempena Hari Kebangsaan Singapura ke-54 itu, ditawarkan kepada rakyat Singapura dan penduduk tetap berusia 50 tahun dan ke atas.

Beberapa cawangan kehabisan stok Huawei Y6 Pro 2019 sebelum kedai itu dibuka.

Para pelanggan di cawangan-cawangan Huawei di Jewel Lapangan Terbang Changi, Vivo City, NEX dan Toa Payoh memberitahu Mediacorp mereka kecewa apabila diberitahu kakitangan Huawei bahawa hanya 20 hingga 30 unit diperuntukkan di setiap cawangan.

Promosi itu berlangsung sehingga Ahad, dan setiap pelanggan dihadkan kepada hanya dua unit saja.

CNA sudah menghubungi Huawei untuk mengulas perkara itu.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan