Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Teksi, kenderaan privet boleh pasang kamera rakam kejadian dalam kenderaan

Bermula 22 Jun, pengangkutan awam dan kereta sewa privet boleh memasang alat-alat perakam video yang merakam segala kejadian dalam kenderaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Teksi, kenderaan privet boleh pasang kamera rakam kejadian dalam kenderaan

Gambar fail teksi di Singapura. (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 22 May 2018 10:48PM Dikemas Kini : 22 May 2018 10:50PM

SINGAPURA: Bermula 22 Jun, pengangkutan awam dan kereta sewa privet boleh memasang alat-alat perakam video yang merakam segala kejadian dalam kenderaan. Ini menyusuli penguatkuasaan satu garis panduan yang dibentangkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Dalam kenyataan medianya hari ini (22 Mei), LTA menyatakan bahawa garis panduan tersebut bermatlamat untuk "melindungi keselamatan para penumpang" dan pemandu daripada kes-kes di mana penumpang enggan membayar tambang yang dikenakan.

Namun, peranti-peranti yang dipasang tidak boleh merakam suara supaya perbualan para penumpang tidak dirakam, menurut LTA.

Di samping itu, para pemandu perlu memaklumkan penumpang mereka tentang peranti yang dipasang dalam kenderaan.

Garis panduan daripada LTA dibentangkan di samping garis panduan yang dikeluarkan Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) bulan lalu.

Sementara PDPC memberi tumpuan kepada rakaman video, garis panduan LTA pula bermatlamat untuk mengawal selia pemasangan peranti-peranti rakaman.

Pemasangan peranti rakaman dalam kenderaan perlu dilakukan di pusat-pusat yang disahkan LTA, menurut penguasa pengangkutan itu. Pusat-pusat itu perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan LTA.

Ini termasuk:

  • Memasang peranti dalam cara yang mencegah seseorang yang tidak disahkan, daripada mengambil data rakaman
  • Peranti perlu dipasang di posisi yang tetap dan tidak boleh terus dialihkan
  • Rakaman perlu menunjukkan dengan jelas tarikh, masa serta nombor plat lesen kenderaan bagi memudahkan siasatan sekiranya berlaku penyalahgunaan data

Para pemilik kenderaan juga perlu terus memeriksa bagi memastikan perantinya tidak diubah suai.

Selain itu, para pemandu yang ingin memasang kamera-kamera itu perlu mendapat keizinan bertulis pendaftar.

LTA menambah, agensi-agensi pemerintah dan pengawal data yang disahkan LTA , boleh mendapatkan rakaman-rakaman dalam kenderaan. Garis panduan yang ketat akan dikuatkuasakan bagi memastikan hanya pihak yang diluluskan mendapat akses kepada rakaman berkenaan.

Jika pemandu didapati tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan, mereka boleh didenda sehingga S$1,000, atau dipenjara sehingga tiga bulan atau kedua-duanya.

Pesalah berulang boleh didenda sehingga S$2,000, atau dipenjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya.

Bagi para pemandu teksi dan kereta sewa privet, mereka juga akan dikenakan 21 mata denda. Lesen vokasional pemandu bas privet pula akan ditarik balik jika sabit kesalahan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan