Images
  • teksi terbakar
    (Gambar: Mediacorp)

Teksi hangus terbakar di Middle Road

SINGAPURA: Seorang pemandu teksi berdepan detik mencemaskan pada Khamis petang (11 Jul), sejurus sebelum kenderaannya tiba-tiba terbakar.

Pemandu teksi ComfortDelgro yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Yeo, menceritakan beliau sedang memandu sepanjang Middle Road apabila kenderaannya mula mengeluarkan asap.

"Asap putih mula keluar dari ekzos semasa saya memandu. Saya menghentikan teksi di tepi jalan dan asap hitam mula keluar dari bahagian depan. Saya segera meninggalkan kenderaan dengan barang-barang saya sedang asap semakin menebal."

Encik Yeo menambah tiada penumpang di dalam teksi pada ketika itu dan beliau tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia memberi respons kepada panggilan kebakaran dekat 31 Middle Road pada sekitar 4.30 petang.

"Kebakaran melibatkan bahagian enjin sebuah teksi yang dipadamkan pihak SCDF menggunakan dua jet air," tambah SCDF.

Encik Yeo berkata kebakaran dapat dipadamkan selepas sekitar 10 minit.

- CNA/TQ/tq

Top