Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Teksi CityCab rempuh kotak bekalan kuasa di Bukit Merah

Sebuah teksi merempuh kotak bekalan kuasa di persimpangan Hoy Fatt Road dan Jalan Rumah Tinggi di Bukit Merah pagi tadi (11 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Teksi CityCab rempuh kotak bekalan kuasa di Bukit Merah

Sebuah teksi yang merempuh kotak bekalan kuasa di Bukit Merah. (Gambar: Yen See)

Diterbitkan : 11 Dec 2017 05:49PM Dikemas Kini : 11 Dec 2017 05:53PM

SINGAPURA: Sebuah teksi merempuh kotak bekalan kuasa di persimpangan Hoy Fatt Road dan Jalan Rumah Tinggi di Bukit Merah pagi tadi (11 Dis).

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut pada 10.15 pagi.

Mediacorp difahamkan bahawa teksi tersebut merempuh gantri tempat letak kereta sebelum merempuh kotak bekalan kuasa itu.

Pemandu teksi berkenaan, seorang lelaki berusia 50-an tahun, mengalami cedera ringan dan tidak mahu dibawa ke hospital.

Seorang pengguna jalan raya, Encik Gary Haris, mengatakan bahawa semasa memandu dari Hoy Fatt Road menghala ke Jalan Rumah Tinggi, beliau ternampak kemalangan tersebut sekitar 1.00 tengah hari.

Beliau mendedahkan bahawa jalan raya itu ditutup oleh Polis Trafik, sementara teksi berkenaan, iaitu sebuah teksi CityCab berwarna kuning, sedang ditunda.

Siasatan polis sedang dijalankan. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan