Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Teknologi siling dingin yang tapis udara, sejukkan bangunan dikaji di makmal baru NTU

Sebuah teknologi siling dingin baru yang mampu menyejukkan seluruh bangunan dengan sama rata dan pada masa yang sama menapis udara, mungkin merupakan alternatif lebih baik pada masa depan, berbanding dengan sistem penghawa dingin yang menggunakan banyak tenaga sekarang.

Anggaran Waktu Membaca:
Teknologi siling dingin yang tapis udara, sejukkan bangunan dikaji di makmal baru NTU

The Hive di NTU. (Gambar: NTU)

Diterbitkan : 31 Jul 2018 09:48PM Dikemas Kini : 31 Jul 2018 09:50PM

SINGAPURA: Sebuah teknologi siling dingin baru yang mampu menyejukkan seluruh bangunan dengan sama rata dan pada masa yang sama menapis udara, mungkin merupakan alternatif lebih baik pada masa depan, berbanding dengan sistem penghawa dingin yang menggunakan banyak tenaga sekarang.

Teknologi tersebut adalah antara 11 projek yang bakal diusahakan para pengkaji dalam makmal korporat terbaru bernilai S$61 juta, yang dilancarkan secara rasmi hari ini (31 Jul). Makmal itu ditubuh bersama oleh Universiti Tekonologi Nanyang (NTU), Surbana Jurong dan Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF).

Diperbuat daripada bahan-bahan khas seperti serat-serat nanoteknologi, panel-panel siling dingin itu menuras udara sambil menjimat sehingga 30% penggunaan tenaga elektrik berbanding sistem saluran penghawa dingin biasa.

Projek kajian itu mampu menjadi realiti dalam tempoh lima tahun akan datang, dengan perkongsian antara NTU dan Surbana Jurong.

Makmal tersebut, yang dibiayai bersama NTU, Surbana Jurong dan agensi-agensi pemerintah, bertujuan membangunkan huraian-huraian mampan bagi menangani masalah-masalah perbandaran seperti tenaga dan keperluan infrastruktur, serta perubahan iklim.

Sebagai makmal korporat keenam di NTU, 70 pengkaji dan jurutera dari universiti tersebut dan juga Surbana Jurong akan bekerjasama bagi menerokai sistem-sistem penyimpanan bawah tanah, huraian mampan bagi bangunan dan teknologi digital untuk mempertingkat daya pengeluaran dalam persekitaran terbina.

PROGRAM PENCEPAT BAGI PERSEKITARAN TERBINA

Meskipun makmal tersebut adalah yang ke-12 disokong oleh NRF, ia adalah yang pertama untuk memberi fokus kepada pembuatan dan pengembangan huraian bagi sektor persekitaran terbina, menurut Menteri Pembangunan Negara, Lawrence Wong, yang melancarkan makmal tersebut secara rasmi.

"Ini adalah gerakan yang tepat pada masanya kerana ada potensi yang begitu besar untuk mengubah persekitaran terbina kami melalui teknologi baru," kata Encik Wong, yang juga merupakan Menteri Kedua Kewangan.

Beliau juga mengumumkan penubuhan program pecutan baru bagi perniagaan permulaan dan syarikat-syarikat dalam sektor persekitaran terbina, untuk membawa huraian-huraian dari syarikat-syarikat tempatan dan luar negara ke pasaran.

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) bakal meluaskan inisiatifnya yang melibatkan orang ramai untuk membuat bersama huraian memperbaiki persekitaran rumah awam.

"Usaha-usaha ini bukan sahaja membawa huraian baik demi memberi faedah kepada penduduk-penduduk HDB kami, tetapi juga membolehkan perusahaan-perusahaan kami untuk menampilkan inovasi mereka di estet-estet HDB kami, dan akhirnya mengeksport huraian ini ke luar negara," kata Encik Wong.

Sumber : CNA/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan