Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Teknologi, keupayaan data bantu S'pura lawan COVID-19

Teknologi dan keupayaan data baru telah membantu Singapura memenuhi keperluan baru dalam usaha membanteras COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Oct 2021 05:25PM Dikemas Kini : 12 Oct 2021 09:17PM

SINGAPURA: Teknologi dan keupayaan data baru telah membantu Singapura memenuhi keperluan baru dalam usaha membanteras COVID-19.

Ini termasuk dalam bidang-bidang seperti penjejakan kontak, ujian dan suntikan vaksin.

Semasa satu persidangan teknologi jagaan kesihatan, Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli berkata hasil inovasi mestilah cukup fleksibel agar dapat digunakan dengan lebih meluas.

"Melampaui pandemik, sistem jagaan kesihatan kita akan terus berdepan dengan cabaran-cabaran baru.

"Kita perlu memastikan sistem jagaan kesihatan kita bersedia untuk memenuhi keperluan kesihatan rakyat kita pada masa depan," kata beliau.

Menurut Encik Masagos, ini termasuk menggunakan lebih banyak huraian alternatif digital dalam pentadbiran jagaan kesihatan.

Ini bagi membolehkan para karyawan menumpukan perhatian kepada jagaan pesakit.

Aplikasi jagaan kesihatan juga boleh dimanfaatkan untuk mendampingi dan menggalak para pesakit untuk menjaga kesihatan sendiri.

Kecerdasan buatan (AI) juga boleh membantu mengenal pasti risiko dan trend kesihatan penduduk untuk intervensi awal. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan