Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Teknologi bijak dan R&D akan bantu S'pura capai sasaran Bebas Sisa

Teknologi bijak serta kajian dan pengembangan (R&D) akan membantu Singapura mencapai sasaran Bebas Sisa.

Anggaran Waktu Membaca:
Teknologi bijak dan R&D akan bantu S'pura capai sasaran Bebas Sisa
Diterbitkan : 01 Feb 2019 07:28PM Dikemas Kini : 01 Feb 2019 07:32PM

SINGAPURA: Teknologi bijak serta kajian dan pengembangan (R&D) akan membantu Singapura mencapai sasaran Bebas Sisa.

Demikian kata Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Masagos Zulkifli, dalam wawancara bersama stesen radio Mediacorp 938NOW hari ini (1 Feb).

Beliau turut mendedahkan Pelan Induk Bebas Sisa pertama negara akan dikeluarkan pada separuh kedua tahun ini.

Pelan induk tersebut akan memberi tumpuan kepada tiga aspek iaitu e-sisa, sisa bungkusan dan sisa makanan.

Menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), kadar kitar semula domestik hanyalah 21 peratus berbanding kadar kitar semula bukan domestik yang mencatat 76 peratus.

Perangkaan tersebut menunjukkan penduduk negara boleh melakukan lebih baik dalam usaha mengurangkan pembaziran dan membudayakan tabiat kitar semula.

Demi menggalak para penduduk di Tampines West untuk mengamalkan sikap bebas sisa, Encik Masagos sudah mencuba kaedah-kaedah unik seperti melarang penggunaan botol-botol pakai buang di pelbagai Kelab Masyarakat.

Sumber : CNA/FZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan