Images
  • roads expressway
    (Gambar: Gaya Chandramohan)

Teknologi baru kuasai jalan raya di S'pura

SINGAPURA: Sebagai sebahagian daripada visi Mobiliti Bijak Singapura 2030, peralatan dan sistem baru sudahpun diperkenalkan untuk memenuhi keperluan para pengguna jalan raya.

Sama ada anda pemandu atau pejalan kaki, berikut adalah beberapa teknologi yang sedang diuji manakala yang lain pula sudahpun beroperasi buat seketika bagi membantu menguruskan keadaan lalu lintas selain menjaga keselamatan jalan raya.

AWAS, ANDA DIRAKAM KAMERA

Pernahkan anda rasa bersalah kerana menekan brek sejurus sebelum sampai ke garisan kamera kelajuan?

Sistem kamera kelajuan baru yang diperkenalkan pada Disember lalu tidak lagi membolehkan para pemandu kenderaan dan penunggang motosikal untuk terlepas begitu sahaja.

Ia mengira kelajuan purata kenderaan dan dipasang di sepanjang Tanah Merah Coast Road pada jarak 4 kilometer.


Jalan raya yang mempunyai had kelajuan 70 kilometer sejam (km/j) dipilih sebagai salah satu tempat sistem baru tersebut bakal dilancarkan "kerana ia mudah terdedah kepada kelajuan dan perlumbaan haram," menurut polis.

Apabila kenderaan masuk dan keluar zon penguatkuasaan, sistem kamera dua tempat itu akan mengesan serta mengira kelajuan puratanya. Ini adalah kali pertama sistem sedemikian digunakan di jalan raya Singapura.

SELAMAT TINGGAL GANTRI ERP

Pada masa akan datang mungkin kelibat gantri-gantri Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP) tidak lagi kelihatan. Ini kerana sebuah sistem ERP baru berdasarkan teknologi Sistem Satelit Navigasi Global (GNSS) dijangka dilancarkan secara bertahap-tahap mulai 2020 untuk menggantikan sistem gantri yang sudah berusia hampir dua dekad.

Buat masa ini, pemandu kenderaan dan penunggang motosikal membayar bayaran rata apabila mereka melalui zon ERP. Namun, di bawah sistem baru itu, mereka akan dikenakan bayaran mengikut jarak perjalanan.


Dengan menggunakan sistem tersebut, LTA juga menimbangkan kemungkinan pengguna kereta luar waktu sibuk hanya perlu membayar bagi menggunakan kenderaan mereka buat tempoh yang singkat dan bukannya sepanjang hari.

Unit Dalam Kenderaan (IU) juga bakal digantikan dengan Unit Dipasang Dalam Kenderaan (OBU) yang boleh digunakan untuk membayar bagi meletak kenderaan, tol pemeriksaan dan penggunaan kereta di luar waktu sibuk, secara elektronik.

MENANGKAP PESALAH

Sejak Mac tahun lalu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menguji sistem kamera Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR).

Sistem itu akan membantu usaha penguatkuasaan - sebagai sebahagian daripada sistem pengurusan lalu lintas masa depan - dengan merakam plat kenderaan secara lebih tepat.


Semasa ujian, peralatan itu adalah prasarana tepi jalan raya sedia ada, seperti jambatan dan tiang lampu, di sepanjang beberapa ekspreswe.

Sehubungan itu, alat Perhubungan Jarak Dekat Khusus (DSRC) yang baru juga akan dipasang bagi meningkatkan lagi ketepatan kedudukan bagi sistem navigasi.


Contoh peralatan yang akan dipasangkan di atas kenderaan. (Gambar: LTA)

Peralatan itu juga akan dipasang pada kenderaan dan digunakan di kawasan termasuk Tuas South mulai April lalu sebelum diperluaskan ke seluruh negara untuk diuji.

ISYARAT BIJAK

Sistem kawalan lampu isyarat bijak baru, yang sudahpun dimulakan dalam ujian dua tahun sejak September lalu, dapat mengurangkan masa menunggu dengan mengesan kehadiran kenderaan dan pejalan kaki.

Dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan keupayaan ramalan, Sistem Lalu Lintas Bijak Bersama dan Bersepadu (CRUISE) membantu membangunkan algoritma lampu trafik untuk aliran lalu lintas dan pejalan kaki yang lebih lancar.

Ujian sedang dijalankan berhampiran dengan persimpangan lalu lintas dan lintasan pejalan kaki sepanjang Corporation Road dan Boon Lay Way.

Sedang teknologi terkini diuji untuk menangani cabaran-cabaran baru, terdapat beberapa kemajuan sejak beberapa tahun ini yang menjadi sebahagian daripada pengurusan lalu lintas Singapura. 

Pertama, Sistem Menentukan Hubungan Hijau (GLIDE) mengawal semua isyarat lalu lintas di Singapura dan memperuntukkan masa hijau berdasarkan jumlah trafik.


Kedua adalah TrafficScan yang menggunakan teksi untuk dilengkapi dengan Sistem Kedudukan Global (GPS) yang memberi maklumat seperti lokasi dan kelajuan kenderaan mereka.

Data itu kemudiannya diproses untuk mengira kelajuan trafik purata di sepanjang jalan dan ia disediakan kepada para pemandu di portal OneMotoring untuk merancang perjalanan yang lancar. 

- CNA/FZ/fz

Top