Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tekanan keibubapaan boleh jejas hubungan emosi ibu dan anak - kajian NTU

Satu kajian baru Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mendedahkan bahawa tekanan keibubapaan boleh menjejas sejauh mana emosi ibu dan anak dapat menjadi selari.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Satu kajian baru Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mendedahkan bahawa tekanan keibubapaan boleh menjejas sejauh mana emosi ibu dan anak dapat menjadi selari.

Perkara tersebut kemudiannya turut membawa kesan kepada hubungan mereka dan pembangunan anak berkenaan.

Pasukan penyelidik NTU itu menggunakan kaedah pengimbasan fungsi otak melalui inframerah berhampiran.

Kajian berkenaan dilakukan terhadap bahagian kiri otak yang membantu manusia untuk memahami pendapat, perasaan dan nilai-nilai insan lain.

Dengan itu, pasukan tersebut mendapati ada 31 kegiatan selaras atau 'synchrony' seperti kegiatan emosi dalam otak ibu dan anak semasa mereka melakukan kegiatan riadah bersama misalannya menonton kartun.

Namun jika si ibu mengalami tekanan keibubapaan yang tinggi, jumlah kegiatan selaras yang didapati semakin berkurangan.

Pasukan itu menambah jika tekanan yang dialami semakin menambah, ia juga akan menjejas kebolehan golongan ibu untuk berkongsi sudut pandangan anak mereka.

Perkara ini secara tidak langsung menjejas interaksi dan hubungan jangka panjang ibu dan anak.

 "Saya berharap bahawa penemuan ini dapat disebarkan supaya ibu bapa tahu bahawa mengurangkan tekanan keibubapaan itu amat penting untuk pembesaran kanak-kanak dan psikologi ibu itu harus diutamakan supaya kualiti interaksi ibu dan anak itu dapat jadi yang terbaik," kata Calon PhD Sekolah Sains Sosial NTU, Cik Atiqah Azhari.

Cik Atiqah menambah bahawa kesedaran itu perlu diperluaskan lagi kerana hubungan ibu bapa bersama anak mereka sangat penting dan isitimewa serta mampu mempengaruhi pelbagai aspek pembangunan anak-anak.

Kajian seterusnya pula akan menyelidik sama ada tekanan keibubapaan juga akan menjejas hubungan golongan bapa dengan anak mereka. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan