Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tatatertib Ustaz Zahid Zin hadiri upacara persemadian agama lain sampaikan mesej mendalam

Gambar Ustaz Zahid Zin menunjukkan dirinya di satu upacara persemadian agama lain, pasti membuat sesetengah terkejut. Bahkan, beliau hadir di upacara itu dalam jubah dan songkok putih. 

Anggaran Waktu Membaca:
Tatatertib Ustaz Zahid Zin hadiri upacara persemadian agama lain sampaikan mesej mendalam

(Gambar: Zahid Zin/Facebook)

SINGAPURA: Siapa tak kenal Ustaz Zahid Zin? Beliau sudah diangkat dan diiktiraf seperti seorang influencer di media sosial. Apa tidaknya... panduan dan pengalaman semuanya dikongsi dengan cara santai dan seloroh. Siap dengan hashtag #diaritokkadi.

Tapi apabila gambar menunjukkan dirinya di satu upacara persemadian agama lain, pasti ada yang terkejut. Bahkan, beliau hadir di upacara itu dalam jubah dan songkok putih.

Mujur, semua itu dijelaskan Ustaz Zahid Zin menerusi catatan Facebooknya sendiri.

Menurutnya, beliau sedang menghadiri upacara persemadian seseorang yang dikenali. "Mak cik isteri saya berkahwin dengan Pak Cik Adi; seorang mualaf. Jadi apabila ibunya meninggal dunia, keluarga kami datang ke upacara itu untuk memberi penghormatan terakhir," jelasnya.

Ustaz Zahid Zin juga menegaskan bahawa kita harus menghormati budaya dan kepercayaan orang lain, terutama sekali dalam masyarakat berbilang kaum dan agama.

"Ah Ma seorang ibu yang sangat baik. Salah seorang anaknya berharap mereka akan terus menjadi anaknya dalam kehidupan mereka selanjutnya."

Semestinya, tindakannya itu mengundang pujian orang ramai, terutama sekali mereka yang mempunyai saudara bukan Islam.

"Itulah yang seharusnya dilakukan semua. Menghormati seseorang tidak kira agama. Memegang colok tidak bermakna anda mengkhianati agama anda. Ia hanya satu cara untuk memberi penghormatan terakhir kepada seseorang yang mati. Tiada yang akan menyalahkan anda," tulis seorang pengguna Facebook, Johnson Ong.

Seorang lagi pengguna Facebook juga akur dengan pandangan itu. Malah, Zulima Tomari Tan menceritakan tentang pengalamannya sendiri.

"Suami saya memberi penghormatan terakhir kepada mendiang ibunya mengikut kepercayaan agamanya dengan menghadiri upacara persemadian. Walau macam mana pun, pertalian anak dengan ibunya tak boleh putus walaupun berlainan agama, betul tak?" tulisnya.

Dalam gambar yang dimuat naik Ustaz Zahid, beliau turut berkongsi bahawa mesej yang ingin disampaikan itu terdahulu dikongsikan bersama dua anak kecil, Aisyah dan Abdullah.

"Semoga ibu bapa kami dirahmati. #WeAreSingaporeans," tambahnya.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan