Tarikh tawaran lebih awal bagi bateri ganti iPhone
Para pengguna iPhone yang ingin membeli bateri ganti boleh melakukan demikian bermula hari ini (30 Dis). Demikian menurut Apple.
SINGAPURA: Para pengguna iPhone yang ingin membeli bateri ganti boleh melakukan demikian bermula hari ini (30 Dis). Demikian menurut Apple.
Pembuat telefon bijak itu pada mulanya menyatakan bahawa bateri ganti yang sudah tamat tempoh waranti itu boleh didapati bermula "lewat Januari".
"Kami menjangkakan lebih banyak masa untuk siap, tetapi kami senang untuk menawarkan bateri ganti pada harga lebih murah secepat mungkin," kata seorang jurucakap kepada Mediacorp.
Namun, beliau mengingatkan orang ramai bahawa bekalan awal bagi bateri ganti ini "mungkin terhad".
Syarikat itu sudah meminta maaf kepada para pelanggannya pada hari Khamis (28 Dis) dalam satu kenyataan di lamannya berkaitan isu kelembapan prestasi bateri bagi model lama iPhone.
Di Singapura, harga bateri ganti yang sudah tamat tempoh waranti adalah S$38, turun dari harga asal S$118. Para pengguna boleh ke kedai Apple di Orchard Road atau penjual semula yang diluluskan untuk membeli bateri ganti. Bateri ganti ini akan dijual di seluruh dunia sehingga Disember 2018.
Apple juga menyatakan ia akan mengeluarkan sofwe iOS yang dikemaskini dengan ciri-ciri yang membolehkan pengguna menerima lebih banyak maklumat mengenai prestasi bateri telefon mereka. Ini akan dibuat "awal 2018", tambahnya.
Permohonan maaf dan langkah-langkah meredakan isu yang disifatkan sebagai "batterygate" itu dibuat setelah tindakan undang-undang difailkan ke atas syarikat gergasi teknologi itu di Amerika Syarikat, Israel dan Perancis. Terdapat juga laporan-laporan kes serupa di Korea Selatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.