Images

Tarikh-tarikh cuti umum 2022 dikeluarkan, termasuk 5 cuti panjang hujung minggu

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Selasa (6 Apr) mengeluarkan tarikh cuti umum Singapura bagi tahun 2022.

Terdapat lima cuti panjang hujung minggu pada tahun depan, dengan cuti umum jatuh pada hari Jumaat, Isnin dan Selasa serta dua hari Ahad.

Tiga cuti umum yang jatuh pada hari Ahad adalah:

  •  Hari Buruh (1 Mei)
  •  Hari Vesak (15 Mei)
  •  Hari Krismas (25 Dis)

Dua cuti umum yang jatuh pada hari Isnin adalah:

  •  Hari Raya Puasa (2 Mei)
  •  Deepavali (24 Okt)

Hari Selasa, 3 Mei juga cuti umum.

Satu cuti umum yang jatuh pada hari Jumaat adalah:

  •  Good Friday (15 Apr)

Cuti-cuti umum lain adalah:

  •  Tahun Baru (1 Jan)
  •  Tahun Baru Cina (1 dan 2 Feb)
  •  Hari Raya Haji (9 Jul)
  •  Hari Kebangsaan (9 Ogos)

- CNA/NK/nk

Top