Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tarikh peperiksaan Sastera Tamil GCE O diubah kerana sambutan Deepavali

Kertas 1 Peperiksaan Sastera Tamil GCE Peringkat O kini dijadualkan pada 19 November disebabkan Deepavali. Ini menurut Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) yang diumumkan pada Selasa (28 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Tarikh peperiksaan Sastera Tamil GCE O diubah kerana sambutan Deepavali

(Petikan gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 28 Aug 2018 03:03PM Dikemas Kini : 28 Aug 2018 03:07PM

SINGAPURA: Kertas 1 Peperiksaan Sastera Tamil GCE Peringkat O kini dijadualkan pada 19 November disebabkan Deepavali. Ini menurut Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) yang diumumkan pada Selasa (28 Ogos).

Peperiksaan itu pada asalnya dijadual berlangsung pada 7 November, sehari selepas cuti umum Deepavali.

Menurut SEAB, ia menjadualkan semula kertas itu kepada jam 10.00 pagi pada hari terakhir peperiksaan GCE O selepas "membuat keputusan teliti" berikutan maklum balas yang diterima.

"SEAB berhati-hati mengenai mengimbangi jumlah kertas peperiksaan yang perlu diduduki oleh para calon dalam tempoh tersebut, sambil cuba mengurangkan pertembungan jadual disebabkan oleh pelbagai kombinasi subjek yang ditawarkan," katanya.

"Jika terdapat cuti umum perayaan ketika tempoh peperiksaan, SEAB akan mengelakkan daripada mengadakan sebarang peperiksaan pada sebelah petang sebelum perayaan dan pada waktu pagi selepas perayaan untuk mengurangkan gangguan terhadap sambutan perayaan."

Memandangkan terdapat hanya sembilan calon yang menduduki kertas peperiksaan itu, proses menyemak dan mengira markah masih boleh diselesaikan sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan pada bulan Januari 2019, menurut SEAB.

Tiada perubahan pada jadual peperiksaan untuk kertas GCE O lain yang dijadualkan pada 7 November. Jadual peperiksaan yang dikemas kini boleh diakses di laman web SEAB.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan