Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tarikh Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha 2022 ditukar kepada 3 Mei & 10 Jul

Tarikh Hari Raya bagi tahun 2022 seperti yang diumumkan pada April lalu oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) kini diubah. Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 3 Mei manakala Aidiladha pula pada 10 Julai. Bukan 2 Mei dan 9 Julai yang diumumkan sebelum ini.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tarikh Hari Raya bagi tahun 2022 seperti yang diumumkan pada April lalu oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) kini diubah.

Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 3 Mei manakala Aidiladha pula pada 10 Julai. Bukan 2 Mei dan 9 Julai yang diumumkan sebelum ini.

Demikian dedah Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), yang menerangkan bahawa tarikh itu disemak semula berdasarkan imkanur rukyah yang kriterianya disemak semula. Imkanur rukyah adalah tradisi menentukan awal bulan Islam dengan cara mencerap hilal (anak bulan).

"Badan penguasa Islam tertinggi Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Singapura sebulat suara bersepakat untuk menggunakan kriteria yang disemak semula untuk kiraan hisab bagi penentuan kalender Islam bermula dari tahun 2022," jelas MUIS.

Perubahan ini juga bermakna, tarikh-tarikh penting dalam kalender Islam, seperti Awal Muharram, tarikh bulan puasa serta ibadah haji akan terjejas.

Namun, semua tarikh-tarikh itu akan diselarikan di seluruh rantau ini.

(Gambar: Majlis Ugama Islam Singapura)

MUIS dalam kenyataan medianya hari ini (21 Okt) turut menjelaskan bahawa persetujuan perihal perubahan tarikh-tarikh penting itu dicapai dalam kalangan negara-negara anggota selepas timbul pelbagai penemuan baru hasil kerja-kerja penyelidikan.

Menjawab pertanyaan BERITAmediacorp, MUIS menyatakan ini bukan kali pertama tarikh-tarikh penting dalam kalender Islam diubah.

MUIS bagaimanapun tidak dapat membutirkan bila kali terakhir perkara sebegini dilaksanakan. Yang pasti, ia pernah berlaku sebelum 1992.

MOM hari ini turut mengumumkan bahawa ia sudah mengemas kini dan mewartakan tarikh-tarikh baru Aidilfitri dan Aidiladha itu di laman webnya

Tahun Baru - 1 Jan 2022 (Sabtu)
Tahun Baru Cina - 1-2 Feb 2022 (Selasa, Rabu)
Good Friday - 15 Apr 2022 (Jumaat)
Hari Buruh - 1 Mei 2022* (Ahad)
Hari Raya Puasa - 3 Mei 2022 (Selasa - tarikh baru)
Hari Vesak - 15 Mei 2022* (Ahad)
Hari Raya Haji - 10 Jul 2022* (Ahad - tarikh baru)
Hari Kebangsaan - 9 Ogos 2022 (Selasa)
Deepavali - 24 Okt 2022 (Isnin)
Krismas - 25 Dis 2022* (Ahad)

*Hari berikutnya iaitu Isnin adalah hari cuti umum.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan