Images
  • jurong
    Satu projek pembangunan pelancongan bersepadu baru akan dibangunkan di Daerah Tasik Jurong. (Gambar: Lawrence Wong/Facebook)

Tarikan baru, hotel di Daerah Tasik Jurong sebagai usaha merancakkan sektor pelancongan

SINGAPURA: Satu projek pembangunan pelancongan bersepadu baru akan dibangunkan di Daerah Tasik Jurong, menjelang tahun 2026.

Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Chee Hong Tat mengumumkan demikian hari ini (16 Apr), sambil menambah ia sejajar dengan strategi Pemerintah untuk memperluaskan tawaran pelancongan ke pelbagai daerah di Singapura.

Kawasan itu bakal meliputi pelbagai daya tarikan, hotel dan tawaran gaya hidup lain.

Teknologi digital akan dimanfaatkan untuk menyuntik kesegaran kepada Taman Haiwan Singapura, Night Safari dan River Safari.

Satu draf pelan induk juga sudah dilakarkan bagi daya tarikan alam semula jadi, yang akan melengkapi hab eko pelancongan Mandai baru.

Ia akan menempatkan Taman Burung dan Taman Hutan Hujan yang baru dan akan dibuka secara bertahap-tahap dalam masa empat tahun akan datang.

Selain itu, sektor pelancongan juga akan menjalani peningkatan teknologi melalui tiga inisiatif baru.

Sebuah kempen pemasaran online yang baru juga boleh dijangkakan, dengan pemeteraian dua memorandum persefahaman MOU baru.

Sektor pelancongan membentuk sekitar empat peratus daripada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) Singapura sejak tiga tahun lalu.

Sektor itu juga mewujudkan lebih 60 ribu pekerjaan bagi industri-industri utamanya, termasuk hotel, daya tarikan, ejen pelancongan serta segmen mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran atau MICE. 

- CNA/NA/na

Top