Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tarif gas naik 0.6% pada Mei, Jun, Jul

Tarif gas bagi rumah akan naik 0.6 peratus bagi tiga bulan mendatang.

Anggaran Waktu Membaca:
Tarif gas naik 0.6% pada Mei, Jun, Jul

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Shaun Curry)

Diterbitkan : 30 Apr 2018 08:02PM Dikemas Kini : 30 Apr 2018 08:05PM

SINGAPURA: Tarif gas bagi rumah akan naik 0.6 peratus bagi tiga bulan mendatang.

Demikian diumumkan pembekal gas City Gas hari ini (30 Apr).

Tarif akan dinaikkan sebanyak 0.11 sen dari 18.42 sen bagi setiap kWH kepada 18.53 sen bagi setiap kWh mulai esok (1 Mei) hingga 31 Julai, menurut City Gas dalam satu kenyataan media.

Ini disebabkan kos lebih tinggi untuk menghasil dan membekalkan gas ke rumah, jelas City Gas. Syarikat itu membekalkan gas kepada hampir 90 peratus penduduk di estet-estet HDB baru dan hartanah privet.

Tarif gas disemak berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), badan kawal selia industri gas.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan