Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tarif elektrik turun 15% bagi Julai-September

Tarif elektrik akan turun sebanyak purata 15 peratus bagi tempoh 1 Jul hingga 30 Sep disebabkan kos tenaga lebih rendah, menurut SP Group pada Selasa (30 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Tarif elektrik turun 15% bagi Julai-September

(Gambar fail: Mediacorp)

Diterbitkan : 30 Jun 2020 06:04PM Dikemas Kini : 30 Jun 2020 06:09PM

SINGAPURA: Tarif elektrik akan turun sebanyak purata 15 peratus bagi tempoh 1 Jul hingga 30 Sep disebabkan kos tenaga lebih rendah, menurut SP Group pada Selasa (30 Jun).

Tarif elektrik akan susut 3.42 sen - dari 23.02 sen kepada 19.60 sen bagi setiap kilowatt sejam, berbanding suku sebelumnya, tambah SP Group dalam kenyataan medianya.

Ini bermakna keluarga yang tinggal di flat 4-bilik HDB boleh menjangkakan bil bulanan mereka turun secara purata sekitar S$12.

Pengurangan tarif itu adalah yang terendah sejak tempoh antara Oktober hingga Disember pada 2016, ketika ia hanya 19.13 sen setiap kWh.

SP Group menyemak tarif elektrik setiap suku berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga, badan kawal selia industri elektrik.

Tarif dalam suku sebelumnya jatuh 5.1 peratus - susut dari tarif yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun, pada tiga bulan pertama 2020.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan