Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tarif elektrik naik 3.1% bagi tempoh Okt-Dis

Tarif elektrik untuk kegunaan di rumah akan meningkat sebanyak 3.1 peratus bagi tempoh antara Oktober hingga Disember tahun ini berbanding suku sebelumnya, menurut SP Group pada Khamis (30 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
Tarif elektrik naik 3.1% bagi tempoh Okt-Dis

Sebuah blok HDB di Singapura. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 30 Sep 2021 02:58PM Dikemas Kini : 30 Sep 2021 02:59PM

SINGAPURA: Tarif elektrik untuk kegunaan di rumah akan meningkat sebanyak 3.1 peratus bagi tempoh antara Oktober hingga Disember tahun ini berbanding suku sebelumnya, menurut SP Group pada Khamis (30 Sep).

Kenaikan itu disebabkan oleh kos bahan bakar lebih tinggi untuk menjana kuasa elektrik oleh syarikat-syarikat penjanaan tenaga, jelasnya.

Tidak termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), tarif elektrik bagi kegunaan di rumah akan naik dari 23.38 sen kepada 24.11 sen untuk setiap kilowat jam (kWh) bagi suku berakhir 31 Disember.

Jika GST turut diambil kira, kadar itu adalah 25.80 sen bagi setiap kWh.

Ini bermakna purata bil elektrik bulanan bagi keluarga yang menetap di flat empat bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan naik sebanyak S$2.49 sebelum GST, menurut SP Group.

SP Group menyemak tarif elektrik setiap tiga bulan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).

Tarif elektrik merangkumi empat komponen - kos tenaga yang dibayar kepada syarikat penjanaan tenaga, kos rangkaian dan yuran perkhidmatan sokongan pasaran yang dibayar kepada SP Group serta yuran operasi pentadbiran dan operasi sistem kuasa elektrik yang dibayar kepada syarikat pasaran tenaga dan pengendali sistem kuasa elektrik.

SP Group menyatakan komponen kos tenaga disesuaikan setiap suku untuk mencerminkan perubahan pada kos bahan bakar serta penjanaan tenaga.

Kos bahan bakar adalah kos gas asli yang diimport, yang ditambat mengikut harga minyak berdasarkan kontrak komersil.

Kos penjanaan kuasa elektrik meliputi terutamanya kos operasi stesen janakuasa seperti tenaga kerja dan kos penyenggaraan serta kos modal stesen, menurut SP Group. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan