Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tapak warisan terpenting: Menara kawalan Changi, Merlion duduki tangga teratas

Menara Kawalan Lapangan Terbang Changi (Changi Airport Control Tower) dan patung Merlion "dianggap" sebagai mercu tanda atau ‘tapak paling penting’ bagi masyarakat Singapura.  

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menara Kawalan Lapangan Terbang Changi (Changi Airport Control Tower) dan patung Merlion "dianggap" sebagai mercu tanda atau ‘tapak paling penting’ bagi masyarakat Singapura.

Menara Kawalan Lapangan Terbang Changi menduduki tangga pertama manakala Merlion di tangga kedua.

Demikian dapatan satu tinjauan yang dijalankan oleh Institut Kajian Dasar (IPS), berhubung “Persepsi terhadap Tempat Warisan dan Mercu Tanda Singapura”.

Tinjauan tersebut dijalankan ke atas 1,500 responden berusia 18 tahun ke atas berhubung 53 tapak warisan terpilih, demi memahami pandangan masyarakat Singapura terhadap tapak dan tempat yang dianggap sebagai warisan negara di sini.

Ia diukur berdasarkan empat perkara. Pertama, 'pengetahuan' - iaitu tapak-tapak warisan mana yang responden ketahui. Kedua, 'memori' - adakah masyarakat mempunyai sebarang memori terhadap tahap warisan tersebut. Ketiga, 'tarikan fizikal' dan keempat ialah berapa penting tapak-tapak warisan itu kepada mereka.

PENTING TAPI TIDAK SEMESTINYA TAHU

Tinjauan dijalankan ke atas tiga kategori usia yang berbeza, kategori pertama meliputi responden dari 18-28 tahun, kategori kedua meliputi 29-48 tahun dan kategori ketiga pula meliputi 49 tahun dan ke atas.

Menariknya meskipun Menara Kawalan Lapangan Terbang Changi dan patung Merlion berada di dua tempat paling atas bagi tapak warisan yang dianggap paling penting, hasil tinjauan itu juga mendapati bahawa kedua-dua tapak tersebut kurang diketahui ramai.

Gambar fail menara kawalan Lapangan Terbang Changi. 

Misalnya, di bawah kategori pengetahuan masyarakat terhadap tapak warisan, Changi Airport Control Tower berada di tangga ke-16 bagi responden berusia 18-28 tahun, ia menduduki tangga ke ke-6 bagi responden yang berusia 29-48 tahun, dan tangga ke-8 bagi responden berusia 49 tahun ke atas.

Ini bermakna terdapat pelbagai faktor yang membentuk persepsi masyarakat Singapura apabila mereka menilai tapak-tapak warisan di sini.

Ia juga bermakna kumpulan masyarakat yang mengiktiraf sebuah tapak warisan sebagai “yang paling penting”, juga tergolong daripada kumpulan masyarakat yang mempunyai kesedaran dan pengetahuan yang rendah tentang tapak-tapak warisan yang dipilih itu.

“Kami dapati, daripada penyelidikan kami, meskipun beberapa tapak warisan dianggap sebagai tapak penting, ia juga boleh tidak ditampilkan sebagai tapak yang diketahui ramai atau tapak yang tidak diingati oleh ramai anggota masyarakat. 

"Kami juga dapati ada jurang dalam kefahaman tentang bagaimana masyarakat menilai tapak warisan khususnya di Singapura. Ini isu sangat penting bagi kita kerana warisan merupakan sesuatu yang masyarakat beri makna, iaitu kaitan manusia antara masa lalu dan masa kini,” kata Cik Natalie Pang, Felo Penyelidik Kanan IPS.

MASJID SULTAN DIANGGAP TAPAK PENTING BAGI GOLONGAN MUDA

Contoh yang sama juga dapat dilihat terhadap Masjid Sultan sebagai tapak warisan.

Bagi responden muda antara usia 18-28 tahun, Masjid Sultan dianggap sebagai antara tapak warisan “yang paling penting” dengan menduduki tangga ke-10.

Masjid Sultan yang selesai menjalani kerja naik taraf. (Gambar: Ngau Kai Yan)

Antara faktornya adalah disebabkan oleh faktor lokasi Masjid Sultan yang berdekatan dengan kawasan Kampong Glam, sekali gus menjadikannya sebagai sebuah tempat yang popular bagi responden di bawah kategori tersebut.

Hasilnya berlainan pula bagi responden di bawah pertengahan dan lewat umur. Masjid Sultan menduduki tangga ke-17 bagi responden berusia antara 29-48 dan menduduki tangga ke- 24 bagi responden berusia 49 tahun ke atas.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan