Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tapak EC di Anchorvale Crescent terima 7 bidaan

Sebuah tapak bagi pembinaan kondominium eksekutif di Anchorvale Crescent menerima tujuh bidaan apabila tender bagi tapak tersebut ditutup hari ini (14 Sep) dengan hanya S$899 memisahkan dua harga tawaran tertinggi yang diterima.

Anggaran Waktu Membaca:
Tapak EC di Anchorvale Crescent terima 7 bidaan

Pemandangan tapak tanah EC itu dari Anchorvale Street. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 14 Sep 2018 07:36PM Dikemas Kini : 14 Sep 2018 07:38PM

SINGAPURA: Sebuah tapak bagi pembinaan kondominium eksekutif di Anchorvale Crescent menerima tujuh bidaan apabila tender bagi tapak tersebut ditutup hari ini (14 Sep) dengan hanya S$899 memisahkan dua harga tawaran tertinggi yang diterima.

Bidaan paling tinggi sebanyak S$318,888,899 dibuat secara bersama oleh Evia Real Estate dan Gamuda (Singapore) manakala CNQC Realty (Treasure) Investment membuat bidaan tertinggi kedua iaitu S$318,888,000.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), tapak tanah seluas 17,137 meter persegi itu boleh menjana sehingga 550 unit rumah.

Tapak tanah itu pada awalnya diletakkan di bawah Senarai Simpanan Program Penjualan Tanah Pemerintah (GLS), namun tender bagi tapak itu dibuka pada 25 Julai setelah seorang pemaju hartanah membuat komitmen untuk membida sekurang-kurangnya S$255 juta bagi tapak tersebut.

HDB melancarkan penjualan bagi tapak tanah tersebut menerusi tender awam pada 10 Ogos.

Keputusan mengenai pemenang tender itu akan diumumkan selepas semua bidaan dinilai. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan