Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tanah perkuburan dibuka untuk pengebumian, ditutup bagi lawatan lain: NEA

Tanah perkuburan dan tempat persemadian termasuk Pusara Aman dan Pusara Abadi dibuka untuk pengebumian namum ditutup untuk lawatan lain.  

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tanah perkuburan dan tempat persemadian termasuk Pusara Aman dan Pusara Abadi dibuka untuk pengebumian namun ditutup untuk lawatan lain.

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menyatakan demikian sebagai menjawab pertanyaan BERITAmediacorp berhubung langkah-langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 di tanah-tanah perkuburan.

Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian mengumumkan pada 3 Apr bahawa langkah-langkah jarak selamat yang dipertingkat akan dilaksanakan mulai 7 Apr untuk mencegah trend meningkat jangkitan tempatan.

Semasa tempoh 'pemutus litar' ini, NEA menyatakan bahawa kawasan perkuburan hanya dibuka bagi tujuan pengebumian dan persemadian. Ia ditutup bagi sebarang lawatan lain.

Ini sekali gus bermakna sepanjang tempoh 'pemutus litar' COVID-19 dikuat kuasakan di sini, ziarah ke semua tanah perkuburan termasuk tanah perkuburan Islam tidak dibenarkan.

Dalam kenyataanya pada Jumaat (10 Apr), NEA menyatakan, "sewaktu tempoh penutupan ini, lawatan ke tanah perkuburan Chua Chu Kang dan tempat penyimpanan abu mayat Mandai tidak dibenarkan, melainkan bagi upacara pengebumian.

"Tanah perkuburan Chua Chu Kang dan tempat penyimpanan abu mayat Mandai tetap dibuka bagi penyemadian dan khidmat-khidmat pembakaran mayat."

NEA menambah, langkah yang diambil itu sejajar dengan garis pandu yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) tentang langkah-langkah jarak selamat yang dipertingkat.

Ini juga termasuk tempat-tempat penyimpanan abu mayat yang dikendalikan Pemerintah seperti di Chua Chu Kang, Mandai dan Yishun.

Tanah-tanah perkuburan dan tempat-tempat persemadian, termasuk Pusara Aman dan Pusara Abadi ditutup bagi tujuan ziarah dari 7 Apr hingga 4 Mei.

BERITAmediacorp telah menghubungi Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) bagi mendapatkan penjelasan lanjut. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan