Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tan Meng Dui dilantik CEO baru NEA

Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) bakal mendapat CEO baru pada 2 Oktober ini, menurut Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) pada Selasa (21 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Tan Meng Dui dilantik CEO baru NEA

Encik Tan Meng Dui dilantik sebagai CEO NEA. (Gambar: Jurong Port)

Diterbitkan : 21 Aug 2018 07:22PM Dikemas Kini : 21 Aug 2018 07:33PM

SINGAPURA: Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) bakal mendapat CEO baru pada 2 Oktober ini, menurut Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) pada Selasa (21 Ogos).

Timbalan Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pembangunan Negara (MND), Tan Meng Dui, akan mengambil alih jawatan Ronnie Tay, yang akan bersara daripada khidmat pentadbiran.

Encik Tay, 54 tahun, menyandang jawatan CEO NEA sejak 1 Julai 2013.

Menurut MEWR, NEA berjaya meraih "pencapaian besar" semasa menyemak dasar-dasar utama di bawah kepimpinan Encik Tay.

MEWR menyatakan bahawa Encik Tay memainkan peranan penting dalam menguruskan isu jerebu rentas sempadan, termasuk pelaksanaan Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan.

Sepanjang khidmatnya sebagai CEO, NEA terlibat dalam usaha memerangi penularan virus Zika di Singapura, menguji langkah-langkah baru bagi membasmi penyakit demam denggi, memperkenalkan cukai karbon serta pelbagai inisiatif lain bagi menangani isu sisa makanan, e-sisa dan sisa bungkusan.

Encik Tay juga memainkan peranan penting dalam menerajui usaha membangunkan 20 pusat penjaja baru, tambah MEWR.

Encik Tan yang bakal menyandang jawatan CEO, adalah mantan timbalan setiausaha (teknologi) di Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan berpangkat Brigadier Jeneral dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Pada tahun lalu, Encik Tan, 50 tahun, dilantik sebagai Pegawai Pilihan Raya bagi pilihan raya umum dan presiden.

"MEWR ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kami yang mendalam kepada sumbangan Encik Ronnie Tay kepada NEA dan MEWR, dan kami juga mengalu-alukan Encik Tan Meng Dui," menurut kemeterian itu. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan