Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tampines Central bakal dilengkapi Sistem Pendinginan Daerah lebih mesra alam

Tampines Central bakal menjadi pusat estet perumahan pertama yang menggunakan sistem pendinginan daerah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Aug 2021 06:23PM Dikemas Kini : 20 Aug 2021 12:13AM

SINGAPURA: Tampines Central bakal menjadi pusat estet perumahan pertama yang menggunakan sistem pendinginan daerah.

Menurut satu kajian yang dijalankan Temasek dan SP Group, sistem itu boleh mengurangkan pengeluaran gas karbon sebanyak 18 peratus.

Jumlah itu sama seperti mengurangkan 2,250 kereta dari jalan raya setahun.

Kajian itu melibatkan 14 bangunan di Tampines Central termasuk pusat beli-belah runcit, pejabat komersil dan awam, pusat data serta hab sukan masyarakat.

Pada Khamis (19 Ogos), separuh daripada bangunan-bangunan itu sudah menyatakan minat untuk menggunakan sistem berkenaan.

 Ini termasuk CapitaLand dan Frasers Property yang menandatangani surat hasrat bersama SP untuk mengikrarkan minat mereka bagi melanggani rangkaian pendinginan daerah yang diedarkan.

Sistem itu merangkumi loji-loji pendingin yang menyalurkan air sejuk ke bangunan-bangunan melalui satu rangkaian paip bawah tanah untuk membekalkan hawa dingin.

Selain mengurangkan pengeluaran gas karbon, ia juga boleh menjimatkan 17 peratus tenaga elektrik dan mengurangkan perbelanjaan S$4.3 juta setahun.

APA LANGKAH SETERUSNYA?

SP menyatakan ia akan bekerjasama dengan para pemilik bangunan untuk mengambil kira pertimbangan mereka dan terma komersil bagi perjanjian bekalan itu.

Sepanjang tempoh pemasangan dan pemasangan semula itu, kumpulan tersebut menyatakan ia juga akan melibatkan agensi-agensi pemerintah yang relevan untuk mengetahui cara-cara meletakkan paip air sejuk bagi mengoptimumkan sumber sambil mengurangkan kesulitan terhadap orang awam.

Sementara itu, perbincangan bersama dengan para pemilik bangunan lain yang menyokong kajian tersebut juga sedang diteruskan, menurut Temasek dan SP.

Kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk melancarkan fasa pertama rangkaian di Tampines.

Jika rangkaian pendinginan daerah diedarkan itu dipasang di Tampines Central, SP menyatakan ia juga boleh diperluaskan untuk merangkumi blok-blok HDB berdekatan pada masa akan datang.

Bagaimanapun, kumpulan itu menambah bahawa adalah penting untuk memastikan operasi asas stabil sebelum meninjau kemungkinan untuk memperluaskan rangkaian tersebut ke kawasan-kawasan perumahan.

Peluang untuk meningkat pembangunan sistem pendingin daerah di bahagian lain Singapura juga akan diteroka. 

Sumber : CNA/AY/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan