Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tambang bas, kereta api naik 9 sen mulai 28 Disember

Tambang bas dan kereta api akan naik sebanyak 7 peratus mulai 28 Disember ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Oct 2019 06:02PM Dikemas Kini : 08 Oct 2019 10:24PM

SINGAPURA: Tambang bas dan kereta api akan naik sebanyak 7 peratus mulai 28 Disember ini. Demikian umum Majlis Pengangkutan Awam (PTC) pada Selasa (8 Okt). Ia merupakan jumlah maksimum yang dibenarkan di bawah langkah semakan semula tambang tahun ini.

Ini bermakna para penumpang yang memegang kad dewasa akan menyaksikan kenaikan tambang sebanyak 9 sen bagi setiap perjalanan.

Bagi para penumpang yang menggunakan wang tunai bagi perjalanan bas, atau membeli tiket satu perjalanan, mereka akan melihat kenaikan yang lebih tinggi iaitu kenaikan 20 sen setiap perjalanan.

Kos pas konsesi bulanan akan naik antara S$1 hingga S$5.50, manakala harga pas perjalanan bulanan dewasa pula akan naik sebanyak S$8.

Kumpulan konsesi - seperti para pelajar, warga emas dan para individu kurang upaya - akan melihat kenaikan 4 sen setiap perjalanan.

Kenaikan itu berdasarkan formula perubahan yang sedia ada, yang dilaksanakan pada tahun lalu dan mengambil kira faktor-faktor seperti harga tenaga dan inflasi.

Bercakap dengan para wartawan, pengerusi PTC Richard Magnus menekankan bahawa kos mengendalikan pengangkutan awam sudah meningkat, sebahagian besarnya disebabkan harga tenaga yang meningkat di seluruh dunia, serta kos tenaga manusia.

Beliau berkata bahawa kedua-dua SMRT dan SBS Transit sedang mengalami kerugian pada operasi kereta api.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan