Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Taman tema Jepun di Istana dinaik taraf

Para pengunjung ke Istana akan dapat menikmati taman tema Jepun yang dinaik taraf.

Anggaran Waktu Membaca:
Taman tema Jepun di Istana dinaik taraf

Antara tarikan taman tema Jepun di Istana. (Gambar: Vanessa Lim)

Diterbitkan : 26 Aug 2021 08:30PM Dikemas Kini : 26 Aug 2021 08:38PM

SINGAPURA: Para pengunjung ke Istana akan dapat menikmati taman tema Jepun yang dinaik taraf.

Buat julung-julung kalinya dalam masa 50 tahun, taman tersebut dipertingkat untuk menjadikannya lebih nyaman.

Siap dibina pada 1967, taman tersebut baru-baru ini menjalani kerja-kerja penambahbaikan untuk "menawarkan pengalaman lebih baik bagi semua pengunjung" seperti pelawat-pelawat asing dan orang awam, menurut Pejabat Presiden dalam satu kenyataan media.

Antara ciri baru di taman tema Jepun tersebut. (Gambar: Vanessa Lim)

Antara ciri baru adalah taman "Dry Rock" dengan sembilan arca batu yang bukan sahaja untuk tujuan estetik tetapi juga membantu memperbaiki kejernihan air kolam, hasil pengurusan aliran air hujan.

Ciri-ciri menarik lain termasuk lantera buatan tangan dan aliran air ke besen tradisi Jepun.

Menurut Presiden Halimah Yacob, taman tema Jepun di Istana itu bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada kakitangan barisan hadapan dan keluarga mereka.

Sempena perasmian taman yang berwajah baru itu, Presiden Halimah menanam Dacrydium elatum (Sempilor), sejenis pokok konifer yang tumbuh secara semula jadi dalam sekitaran tropik Asia Tenggara.

Presiden Halimah menanam pokok konifer sempena perasmian taman itu. (Gambar: MCI)

Istana yang ditutup kepada orang awam sejak Februari tahun lalu sepatutnya menganjurkan rumah terbuka pada 1 Ogos. Namun, ia ditangguh disebabkan sekatan langkah-langkah COVID-19 yang dipertingkat. Ia akan dibuka semula kepada orang awam pada 28 Ogos.  

Sumber : CNA/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan