Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Taman Haiwan S'pura gunakan lalat askar hitam ubah sisa jadi kompos

Sejenis lalat tempatan digunakan bagi membantu Taman Haiwan Singapura untuk mengurus sisa dengan cara mesra alam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Oct 2019 09:48PM Dikemas Kini : 17 Oct 2019 09:51PM

SINGAPURA: Sejenis lalat tempatan digunakan bagi membantu Taman Haiwan Singapura untuk mengurus sisa dengan cara mesra alam.

Satu kajian dilakukan buat pertama kalinya di dunia untuk mengetahui bagaimana lalat askar hitam boleh digunakan untuk mengubah najis haiwan menjadi kompos.

Projek Mandai Park Holdings itu dimulakan pada Mac lalu dan ia dijangka dapat memproses sisa sebanyak 100 kilogram setiap hari menjelang tahun depan.

Sebagai salah satu daripada empat projek di bawah Dana Penyelidikan Mandai yang bernilai S$600,000, ia adalah sebahagian daripada usaha menjaga alam sekitar, termasuk mencipta sistem pengurusan sisa mampan.

Para pengkaji membina beberapa kotak yang dilengkapi dengan sisa makanan serta najis haiwan.

Larva serangga itu akan kekal di dalam kotak selama dua hingga tiga minggu untuk mengubah sisa menjadi kompos.

"Kami uruskan najis haiwan di Taman Haiwan Singapura dengan menggunakan larva lalat askar hitam dan menggunakan data empirikal untuk pengesahan bahawa larva lalat askar hitam juga sesuai untuk dijadikan makanan haiwan."

"Kajian kami menunjukkan bahawa larva lalat askar hitam,menghabiskan sisa makanan lebih cepat tetapi larva lalat askar hitam yang diberi makan najis haiwan karnivor tumbuh lebih cepat," kata Penyelia Utama Projek Lalat Askar Hitam, Lily Ganda.  

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan