Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Taman di Pesisiran, Al Barakah, 3 pusat penjaja dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

Taman di Pesisiran, Al Barakah, 3 pusat penjaja dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
Taman di Pesisiran, Al Barakah, 3 pusat penjaja dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit

Taman di Pesisiran. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 18 Apr 2021 12:06AM Dikemas Kini : 18 Apr 2021 12:09AM

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (17 Apr) menambah beberapa lagi lokasi, termasuk Taman Di Pesisiran, pelbagai pusat makanan dan penjaja serta sebuah kantin di Universiti Nasional Singapura (NUS) sebagai tempat yang dikunjungi tiga hari berturut-turut, ke dalam senarai tempat-tempat yang dikunjungi kes COVID-19 semasa berjangkit.

Dalam kemas kininya malam ini, MOH menyenaraikan tempat-tempat berikut:

  • Pusat Penjaja Whampoa pada 6 April antara pukul 12.30 tengah hari dengan 1.00 tengah hari
  • Wheeler's Yard di 28 Lorong Ampas pada 6 April antara pukul 1.05 tengah hari dengan 1.55 tengah hari
  • The Flower Dome dan Cloud Forest di Taman Di Pesisiran pada 7 April antara pukul 3 petang dengan 5.35 petang
  • Al Barakah Health and Beauty Mart di Pusat Beli-Belah Boon Lay pada 8 April antara pukul 11.35 pagi dengan 12.10 tengah hari
  • Pasar dan Pusat Penjaja di 84 Marine Parade Central pada 9 April antara pukul 12.00 tengah hari dengan 1.30 tengah hari
  • Perpustakaan Awam Marine Parade pada 9 April antara pukul 1.55 tengah hari dengan 3.10 petang
  • Penny University di 402 East Coast Road pada 9 April dari pukul 3.05 petang hingga 4.05 petang
  • Bollywood Veggies di 100 Neo Tiew Road pada 10 April antara pukul 10.05pagi dengan 10.35 pagi
  • Poison Ivy Bistro di Bollywood Veggies pada 10 April antara pukul 10.35 pagi dengan 1.05 tengah hari
  • Woon Leng Nursery di 70 Jalan Lekar pada 10 April antara pukul 1.20 tengah hari dengan 1.50 tengah hari
  • Leong Ji Seafood di 658 Punggol East pada 10 April antara pukul 7.00 malam dengan 8.00 malam
  • The Bedok Marketplace di 348 Bedok Road pada 11 April antara pukul 6.30 petang dengan 9.00 malam
  • Pusat Penjaja dan Pasar Bukit Panjang pada 12 April antara pukul 11.30 pagi dengan 1.30 tengah hari
  • Fitness First Platinum di 321 Clementi pada 13 April antara pukul 5.45 petang dengan 7.00 malam
  • Kantin Techno Edge di NUS Information Technology pada 13, 14 dan 15 April antara pukul 1.00 tengah hari dengan 2.00 petang pada kesemua tiga hari tersebut.

Menurut MOH, ia sudahpun memaklumkan kepada individu-individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kes positif COVID-19.

"Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang sudah ke lokasi-lokasi tersebut pada waktu yang dinyatakan perlu memantau kesihatan mereka selama 14 hari dari tarikh mereka mengunjungi tempat-tempat itu," tambah MOH.

"Mereka harus segera berjumpa doktor jika mengalami tanda-tanda jangkitan pernafasan akut seperti batuk, sakit tekak dan selesema serta demam dan hilang deria rasa atau bau. Maklumkan juga kepada doktor tentang sejarah mereka terdedah kepada virus."

MOH menambah orang ramai juga boleh menggunakan khidmat pemadanan lokasi pemeriksaan sendiri SafeEntry menerusi aplikasi TraceTogether, SingPass Mobile atau laman https://wereyouthere.safeentry.gov.sg untuk memeriksa sama ada mereka berada di lokasi-lokasi yang dinyatakan itu.

Pada Sabtu (17 Apr), Singapura melaporkan 39 kes baru COVID-19, empat daripadanya adalah kes dalam kalangan masyarakat. Bakinya adalah kes import.

Sumber : Today/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan