Images
  • thomson
    Taman Alam Semula Jadi Thomson. (Gambar: Matthew Mohan)

Taman alam semula jadi ke-7 S'pura dibuka di Thomson

SINGAPURA: Taman Alam Semula Jadi Thomson seluas 50 hektar dibuka secara rasmi pada Jumaat (11 Okt) menjadikannya taman ketujuh seumpamanya di Singapura.

Taman itu terletak antara Old Upper Thomson Road dengan Upper Thomson Road.

Ia terletak berhampiran Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah, tempat tinggal banyak haiwan terancam.

Menurut Pengarah Pemuliharaan Lembaga Taman Negara NParks, kedudukan taman itu menimbulkan ancaman terhadap haiwan, yang boleh menghadapi nahas jalan raya.

Oleh itu, NParks dan Penguasa Pengangkutan Darat LTA sedang merintis satu sistem yang memberi amaran kepara para pemandu apabila terdapat haiwan berdekatan.

Sistem kamera itu juga merakam kelajuan kenderaan untuk menilai sama ada ia mengurangkan kelajuan.

Teknologi tersebut akan diuji selama setahun dan mungkin akan dipasang di jalan raya-jalan raya lain jika didapati berkesan.

Dengan pembukaan taman baru itu, Lembaga Taman Negara NParks berharap untuk mengurangkan "tekanan daripada kunjungan" di Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah dengan menawarkan kawasan alternatif kepada orang awam untuk menikmati aktiviti-aktiviti alam sekitar yang berkaitan, menurutnya dalam satu kenyataan media. 

- CNA/NA/na

Top