Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Talian Bantuan Anti-Keganasan MSF terima 700 panggilan sebulan sejak Feb 2021

Lebih ramai mangsa yang disyaki terjejas oleh keganasan rumah tangga kini meminta bantuan di talian hotline.

Anggaran Waktu Membaca:
Talian Bantuan Anti-Keganasan MSF terima 700 panggilan sebulan sejak Feb 2021

Gambar hiasan: Unsplash

Diterbitkan : 25 Jul 2021 06:47PM Dikemas Kini : 25 Jul 2021 06:51PM

SINGAPURA: Lebih ramai mangsa yang disyaki terjejas oleh keganasan rumah tangga kini meminta bantuan di talian hotline.

Sekitar 3,700 panggilan diterima menerusi talian bantuan kebangsaan yang dikendalikan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sejak Januari lalu.

Sekitar 60 peratus panggilan yang diterima Talian Bantuan Anti-Keganasan Kebangsaan ada kaitan dengan keganasan.

Menurut Pengurus dan Penyelia talian bantuan itu, jenis keganasan yang paling lazim dilaporkan adalah penderaan kanak-kanak.

Sesetengah aduan itu diterima daripada jiran-jiran yang prihatin akan jeritan meminta tolong atau bunyi ibu bapa sedang memukul anak.

Talian 24 jam itu menerima purata 700 panggilan dalam sebulan.

Ia dikendalikan sekitar 17 pekerja yang menilai kes-kes dan merujuk pemanggil kepada agensi tertentu.

Polis telah menerima lebih 5,000 aduan berkenaan keganasan rumah tangga pada tahun lalu.

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan