Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tak puas hati ditegur; Nurhidayat Selamat serang 2 pemandu bas, dijel 9 minggu

Seorang lelaki berusia 27 tahun, yang sebelum ini didenda kerana menumbuk seorang penumpang bas, dijatuhi hukuman penjara sembilan minggu pada Selasa (16 Apr) atas kesalahan menyerang dua pemandu bas.

Anggaran Waktu Membaca:
Tak puas hati ditegur; Nurhidayat Selamat serang 2 pemandu bas, dijel 9 minggu

Gambar hiasan. (Gambar: LTA)

Diterbitkan : 16 Apr 2019 10:14PM Dikemas Kini : 16 Apr 2019 10:17PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 27 tahun, yang sebelum ini didenda kerana menumbuk seorang penumpang bas, dijatuhi hukuman penjara sembilan minggu pada Selasa (16 Apr) atas kesalahan menyerang dua pemandu bas.

Nurhidayat Selamat berkelahi dengan dua pemandu bas SMRT selama dua hari pada Februari lalu selepas dua hari gagal membayar tambang lebih rendah.

Pada pagi 8 Februari, Nurhidayat menaiki bas nombor 171 di Bukit Panjang Road dan memasukkan S$1 ke dalam peti duit syiling.

Pemandu bas berusia 36 tahun kemudian menanyakan destinasi Nurhidayat dan dia menjawab "Yishun", menurut mahkamah. Pemandu itu memberitahu Nurhidayat bahawa tambang ke Yishun adalah S$2.30 dan bayarannya tidak mencukupi.

Nurhidayat mula bertengkar dengan pemandu berkenaan sebelum menumbuk muka beliau secara tiba-tiba lalu turun dari bas.

Mangsa melaporkan kejadian itu kepada Pusat Kawalan Operasi Bas lalu meneruskan perjalanan ke destinasinya, Yishun.

Laporan perubatan menunjukkan pemandu itu mengalami bengkak dan lebam pada bahagian atas rahang serta pipinya.

Pada keesokan hari, Nurhidayat menaiki bas nombor 171 sekali lagi yang dipandu lelaki berusia 57 tahun. Kali ini, Nurhidayat memasukkan wang kertas S$2 ke dalam mesin tiket dan berkata dia mahu pergi ke Yishun apabila ditanya oleh pemandu berkenaan.

Nurhidayat diberitahu perkara sama seperti semalam iaitu tambang yang dibayar tidak mencukupi.

Nurhidayat naik berang lalu menumbuk papan akrilik di belakang tempat duduk pemandu sebelum melemparkan kata-kata kesat terhadap pemandu berkenaan dan menumbuk lengan mangsa.

Pemandu itu meminta bantuan dan kemudian ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

Nurhidayat mengaku bersalah atas dua tuduhan mencederakan dengan sengaja dan satu tuduhan menggunakan kata kesat terhadap pekerja perkhidmatan awam.

Dua lagi tuduhan turut diambil kira semasa hukuman dijatuhkan. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan