Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tajaka baru ini pertama di S'pura tawarkan ruang kerja bersama

Sebuah tadika yang menawarkan ruang kerja bersama khusus untuk ibu bapa bekerja dibuka dekat daerah pusat bandar (CBD).

Anggaran Waktu Membaca:
Tajaka baru ini pertama di S'pura tawarkan ruang kerja bersama

(Gambar: Facebook/Trehausco)

Diterbitkan : 18 Oct 2019 07:19PM Dikemas Kini : 18 Oct 2019 07:30PM

SINGAPURA: Sebuah tadika yang menawarkan ruang kerja bersama khusus untuk ibu bapa bekerja dibuka dekat daerah pusat bandar (CBD).

Dianggap sebagai yang pertama seumpamanya, sekolah Trehaus ditubuhkan menyusuli ucapan Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo yang menggalak lebih banyak pengendali privet supaya menyediakan keperluan berbeza ibu bapa bekerja.

Konsep ini diharap dapat mengintegrasikan ibu bapa yang bekerja bersama anak-anak mereka dalam ruang yang sama.

Semasa lawatannya hari ini (18 Okt), Cik Teo menyambut baik inovasi tersebut dan menyeru lebih banyak pusat penjagaan kanak-kanak untuk mempelbagaikan model kerja mereka.

Lebih dari 500 pusat penjagaan kanak-kanak yang berdekatan tempat-tempat kerja sudahpun dibangunkan sejak 10 tahun lalu iaitu satu per tiga dari jumlah keseluruhan pusat penjagaan kanak-kanak. 

Sumber : CNA/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan