Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tahap kepuasan para penumpang pengangkutan awam meningkat

 Bersih dan kurang sesak adalah antara faktor yang menjadikan tahap kepuasan para penumpang MRT dan bas di paras tinggi semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Sep 2020 08:16PM Dikemas Kini : 29 Sep 2020 09:00PM

SINGAPURA: Bersih dan kurang sesak adalah antara faktor yang menjadikan tahap kepuasan para penumpang MRT dan bas di paras tinggi semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Kadar kenaikannya agak besar berbanding tahun lalu.

Itulah hasil tinjauan suku tahunan Universiti Pengurusan Singapura (SMU) yang melibatkan sekitar 7,500 orang.

Tinjauan itu dilakukan antara Mei dengan Julai tahun ini.

Tahap kepuasan para penumpang MRT naik kepada 73.4 mata berbanding 66.1 mata tahun lalu.

Sementara itu, kepuasan penumpang bas-bas awam pula mencatatkan 74.4 peratus berbanding 68.9 peratus pada 2019.

Bagaimanapun tahap kepuasan terhadap kedua-dua sistem pengangkutan itu merosot hampir ke paras tahun 2019 setelah tempoh pemutus rantaian jangkitan ditarik balik.

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan