Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

TAFEP bangun piawai jadikan tempat kerja lebih mesra warga emas

Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Yang Adil dan Progresif (TAFEP)melancarkan satu siri piawai hari ini (27 Apr) bagi dilaksanakan syarikat yang akan menggalak amalan-amalan iklusif bagi golongan pekerja berumur.

Anggaran Waktu Membaca:
TAFEP bangun piawai jadikan tempat kerja lebih mesra warga emas

Gambar fail para pekerja di kawasan Raffles Place. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 27 Apr 2018 12:15PM Dikemas Kini : 27 Apr 2018 12:18PM

SINGAPURA: Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Yang Adil dan Progresif (TAFEP)melancarkan satu siri piawai hari ini (27 Apr) bagi dilaksanakan syarikat yang akan menggalak amalan-amalan iklusif bagi golongan pekerja berumur.

Dibangunkan bersama dengan Kementerian Tenaga Manusia, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura, piawai secara sukarela itu bertujuan untuk menangani isu-isu dalam tenaga kerja yang kian menua dan permintaan lebih tinggi bagi tempat kerja yang lebih inklusif bagi golongan berumur. Ia akan memberi manfaat kepada pekerja berusia 60 tahun dan ke atas.

Syarikat yang menandatanganinya, komited untuk menjadikan tempat kerja mereka lebih inklusif - dari segi pemilihan dan pengambilan pekerja, latihan, penyusunan semula pekerjaan, kenaikan gaji dan pengambilan semula pekerja.

Lebih 160 syarikat sudah bersetuju untuk mengamalkan piawai yang ditetapkan itu. Antaranya ialah sektor awam yang mempunyai sekitar 200,000 pekerja. Mereka yang sedang mencari kerja juga boleh mengenal pasti syarikat-syarikat yang mengamalkan piawai tersebut melalui logo piawai tiga pihak.

"(Kita sedang) berdepan dengan masyarakat yang menua, kita perlu mencari jalan untuk membantu mempertingkat potensi dan keupayaan pekerja warga emas dalam tenaga kerja kita. Tidak semua warga emas yang ingin bersara. Mereka juga masih ingin berkhidmat dan memainkan peranan dalam masyarakat," kata Menteri Kedua Tenaga Manusia Josephine Teo.

"Piawai baru itu akan memberi sokongan kepada warga Singapura yang berusia supaya mereka boleh terus bekerja selagi mereka ingin dan terdaya, dalam sekitaran kerja yang lebih selamat dan mempunyai ciri-ciri bijak, di mana mereka juga berasa dihargai. Keperluan mereka juga akan dipenuhi," kata Cik Teo.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan