Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

TAFEP akan beri bantuan kepada majikan yang menjadi mangsa gangguan di tempat kerja

Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil (TAFEP) akan menjadi pusat sumber dan bantuan bagi pihak majikan dan pekerja mengenai gangguan di tempat kerja.

Anggaran Waktu Membaca:
TAFEP akan beri bantuan kepada majikan yang menjadi mangsa gangguan di tempat kerja

Gambar Hiasan.

Diterbitkan : 05 Mar 2019 08:08PM Dikemas Kini : 05 Mar 2019 08:15PM

SINGAPURA: Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan Adil (TAFEP) akan menjadi pusat sumber dan bantuan bagi pihak majikan dan pekerja mengenai gangguan di tempat kerja.

Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) Low Yen Ling berkata demikian di Parlimen pada Selasa (5 Mac).

Berucap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan MOM, Cik Low berkata bahawa selain daripada menawarkan nasihat, TAFEP juga akan memuat naik video pengenalan baru ke laman webnya, mengenai cara-cara untuk menangani gangguan di tempat kerja.

Laman web itu juga mengandungi contoh Dasar Mencegah Gangguan di Tempat Kerja bagi syarikat-syarikat dalam sertakan dalam dasar Sumber Manusia masing-masing. Ia juga mengandungi senarai penyedia latihan yang boleh digunakan pihak majikan untuk melatih para penyelia mereka dalam menangani gangguan di tempat kerja.

Menurut Cik Low lagi, TAFEP juga akan menjadi satu wadah bagi para pekerja yang mengalami gangguan untuk mendapatkan nasihat dan bantuan. Para pekerja yang terjejas boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi talian 6838 0696 atau menulis kepada TAFEP.

"Sekiranya mereka ingin berkongsi kes tanpa mendedahkan identiti masing-masing, TAFEP akan menghormati permintaan mereka dan tidak memberitahu pihak majikan," menurutnya.

Cik Low menambah bahawa TAFEP juga sedang bekerjasama dengan agensi-agensi pemerintah yang relevan dan rakan pemerintah yang relevan seperti pihak polis, mahkamah dan Persatuan Kajian dan Tindakan Wanita (AWARE) untuk menubuhkan satu proses rujukan supaya TAFEP dalam merakamkan semua kes gangguan di tempat kerja. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan