Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tabiat penumpang berubah di tengah-tengah isu masalah kereta api

Kelengahan pada khidmat rangkaian kereta api Singapura sudah cukup kerap berlaku sehingga sesetengah penumpang merubah rutin mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Tabiat penumpang berubah di tengah-tengah isu masalah kereta api

Kesesakan di stesen MRT Jurong East. (Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 01 Dec 2017 08:57AM Dikemas Kini : 01 Dec 2017 09:02AM

SINGAPURA: Kelengahan pada khidmat rangkaian kereta api Singapura sudah cukup kerap berlaku sehingga sesetengah penumpang merubah rutin mereka.

Semalam (30 Nov), para penumpang melaporkan kelengahan di stesen MRT Raffles kerana masalah kereta api. Ini merupakan masalah terkini dalam siri masalah perkhidmatan kereta api belakangan ini.

Namun, ini tidak lagi menjejas penumpang yang sudah memilih untuk menukar kepada jenis pengangkutan lain. Awal bulan ini, 38 orang cedera disebabkan masalah sofwe pada sistem isyarat di Laluan Timur-Barat (EWL) sehingga menyebabkan perlanggaran antara dua kereta api di stesen Joo Koon. Pada bulan Oktober, terowong antara stesen Bishan dan Bradell dibanjiri air sehingga perkhidmatan kereta api tertangguh.

Ada juga kelengahan-kelengahan kecil lain: Syarikat-syarikat pengendali kereta api SMRT dan SBS Transit menasihati penumpang agar menjangkakan masa perjalanan tambahan selama 10 hingga 40 minit. 


Kenyataan itu dikeluarkan lebih 10 kali bulan ini.

KERETA API MASIH PENGANGKUTAN AWAM PILIHAN BAGI SESETENGAH PENUMPANG

Masalah-masalah seperti ini tidak asing lagi bagi Ramesh Rajendra. Sudah tiga kali penumpang berusia 30 tahun ini terjejas oleh kelengahan khidmat kereta api sehingga beliau memerlukan surat dari SMRT yang mengesahkan punca beliau lewat ke tempat kerja.

Meskipun kelengahan bukan dalam kawalannya dan majikan beliau mengerti akan masalah ini, Encik Ramesh kini meninggalkan rumahnya setengah jam lebih awal dari sebelumnya, untuk mengelak daripada terperangkap dalam kelengahan kereta api, dan terpaksa mencari pengangkutan alternatif. Walau bagaimanapun, beliau tetap berpendapat bahawa kereta api tetap pengangkutan awam yang terbaik untuk ke tempat kerjanya di Marina Bay Sands.

"Memang sukar, dengan kerosakan dan kereta api yang bergerak lambat, tetapi ia lebih murah berbanding pilihan lain," kata Encik Ramesh.

Ada juga yang mengubah laluan perjalanan mereka untuk mengelak menaiki khidmat kereta api di EWL. Bagi Encik Yong Jian Rong, 19 tahun, beliau perlu ke tempat kerjanya di Paya Lebar dari rumahnya di Lakeside.

"Saya masih mengambil kereta api setiap hari kerana tambang teksi sangat mahal. Tetapi, saya kini mengambil laluan yang lebih cepat melalui laluan Downtown, Laluan Timur Laut (NEL) dan kemudian EWL. Pokoknya, saya cuba elak EWL sebaik mungkin," kata Encik Yong.

Sementara itu, meskipun ada kebimbangan tentang perkhidmatan kereta api yang menimbulkan keraguan dalam kalangan sesetengah penumpang, masih ada yang memilih menaiki kereta api berbanding jenis pengangkutan lain.

Seorang mahasiswa, Goh Wei Hao, 23 tahun, beruntung kerana tidak pernah berdepan dengan masalah kelengahan khidmat kereta api.

"Saya rasa kurang bimbang apabila menaiki kereta api kerana ia memberitahu anda masa yang diambil bagi kereta api seterusnya untuk tiba di stesen," kata Encik Goh yang menambah, dengan adanya beberapa laluan dalam rangkaian kereta api, beliau mempunyai beberapa pilihan atau cara lain untuk ke satu-satu destinasi.

ZAINAL SAPARI: MAJIKAN PERLU MENGERTI TENTANG KELENGAHAN KERETA API

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Parlimen bagi Tenaga Manusia Zainal Sapari menggesa para majikan agar memahami masalah kelengahan kereta api memandangkan keadaannya di luar kawalan mereka.

"Kepercayaan sangat penting dalam hubungan antara seorang majikan dan pekerja. Kebanyakan majikan tidak menegur pekerja mereka yang terlambat kerana kerosakan kereta api kerana insiden seperti ini boleh disahkan," katanya.

Menukar tabiat perjalanan juga tidak mudah, kata Encik Zainal yang menambah bahawa ada masanya di mana penumpang akan mengelak dari menaiki kereta api tetapi mereka kemudian akan kembali pada jenis pengangkutan yang biasa mereka ambil.

Pengarah Urusan di syarikat logistik Logwin Air dan Ocean Singapore, Jimmy Ler, berkata bahawa beliau memahami pekerja yang lambat masuk kerja kerana terjejas oleh kelengahan kereta api.

"Ia adalah sesuatu yang dihadapi ramai pekerja dari masa ke masa. Kami memberitahu mereka untuk tidak tergesa-gesa, kerana sukar untuk mendapatkan Uber atau Grab pada masa itu juga, dan tambangnya mahal," kata Encik Lee. Syarikatnya mempunyai 120 pekerja. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan