Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

T4 kendali lebih 1.6 juta penumpang sejak dibuka rasmi

Terminal 4 (T4) Lapangan Terbang Changi menguruskan lebih daripada 1.6 juta penumpang dan 9,400 penerbangan sejak ia mula beroperasi pada 31 Oktober tahun lalu. 

Anggaran Waktu Membaca:
T4 kendali lebih 1.6 juta penumpang sejak dibuka rasmi

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 08 Feb 2018 12:06PM Dikemas Kini : 08 Feb 2018 02:59PM

SINGAPURA: Terminal 4 (T4) Lapangan Terbang Changi menguruskan lebih daripada 1.6 juta penumpang dan 9,400 penerbangan sejak ia mula beroperasi pada 31 Oktober tahun lalu.

Dalam kenyataannya pada Khamis (8 Feb), Changi Airport Group (CAG) menyatakan, T4 menyambut syarikat penerbangan yang baru bagi tahun ini, iaitu JC (Cambodia) International Airlines pada 25 Januari lalu.

Syarikat penerbangan tersebut juga merupakan yang pertama dari Kemboja untuk mengendalikan khidmat penerbangan ke Singapura sejak 2005.

Syarikat penerbangan berkenaan sudah memulakan khidmat penerbangan harian ke Phnom Penh, yang sekaligus meningkatkan penerbangan Singapura-Phnom Penh sebanyak 25 peratus kepada 38 penerbangan setiap minggu yang menawarkan sebanyak 6,400 tempat duduk sehala.

VietJetAir pula akan memindahkan operasinya dari T3 ke T4 mulai 6 Mac.

CAG menyatakan bahawa syarikat penerbangan itu "tumbuh dengan mantap" sejak ia melancarkan penerbangan pertamanya dari Ho Chi Minh pada 2014. Ia turut menambah penerbangan harian kedua ke Ho Chi Minh dan memulakan penerbangan harian ke Hanoi.

"Pemindahan syarikat penerbangan itu ke T4 membolehkan operasi di Lapangan Terbang Changi diperluaskan, dengan terminal itu memberikan ruang untuk terus berkembang. Ia juga tidak memerlukan penumpang untuk dipindahkan menggunakan bas dari pintu-pintu yang jauh dari terminal," menurut CAG.

JC (Cambodia) International Airlines dan VietJetAir akan mengendalikan sebanyak 28 penerbangan dari T4 setiap minggu, yang akan membawa jumlah penumpang yang menggunakan T4 kepada lebih 8.3 juta setiap tahun,

T4 kini mengendalikan 11 syarikat penerbangan ke 21 destinasi di rantau ini.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan