Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat tidak perlu beritahu pihak berkuasa kemungkinan akan bergabung

Apa yang penting ialah agensi persaingan mempunyai kuasa yang sewajarnya untuk menangani tawaran tidak bersaingan. Ini termasuk mengenakan denda-denda dan langkah-langkah sementara.

Anggaran Waktu Membaca:
Syarikat tidak perlu beritahu pihak berkuasa kemungkinan akan bergabung

Dr Tan Wu Meng. (Gambar: Tan Wu Meng/Facebook)

Diterbitkan : 11 Jul 2018 09:55PM Dikemas Kini : 11 Jul 2018 10:00PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat tidak perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai kemungkinan penggabungan dan pemerolehan urus niaga.
Malah, pemerintah Singapura tidak berbeza dengan United Kingdom, Australia dan New Zealand.

Setiausaha Parlimen Kanan bagi Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan Wu Meng memberitahu demikian kepada Parlimen hari ini (11 Jul) sebagai respons kepada Encik Leon Perera, yang bertanya sama ada pemberitahuan mandatori mungkin mengelakkan kekeliruan pasaran dan gangguan terhadap pekerjaan.

Minggu lalu, Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura atau CCCS menyarankan bahawa penggabungan antara syarikat gergasi Grab dan Uber mengalami percanggahan dengan Akta Persaingan.

Menurut Dr Tan, sekiranya pemberitahuan mandatori dikenakan ke atas semua penggabungan yang melebihi ambang yang ditetapkan, syarikat-syarikat akan menghadapi kos penyetujuan yang tinggi.

Apa yang penting ialah agensi persaingan mempunyai kuasa yang sewajarnya untuk menangani tawaran tidak bersaingan. Ini termasuk mengenakan denda-denda dan langkah-langkah sementara.

Di bawah sistem sukarela, sumber-sumber agensi juga boleh digunakan dengan lebih baik.

"CCCS membolehkan penggunaan sumber-sumber yang lebih cekap untuk memeriksa secara proaktif untuk penggabungan yang tidak dimaklumkan dan meneliti penggabungan bermasalah seperti itu, dan bukannya mengawal dan menyemak semula pemberitahuan penggabungan di bawah pemberitahuan mandatori pemerintah," kata Dr Tan lagi.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan