Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Syarikat tempatan Cell ID hasil kit ujian kesan COVID-19 dalam 5 minit

Satu kit ujian yang dihasilkan syarikat teknologi perubatan tempatan, Cell ID, boleh mengesan beberapa keputusan ujian positif COVID-19 dalam masa hanya lima minit.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Nov 2020 09:30PM Dikemas Kini : 30 Nov 2020 09:38PM

SINGAPURA: Satu kit ujian yang dihasilkan syarikat teknologi perubatan tempatan, Cell ID, boleh mengesan beberapa keputusan ujian positif COVID-19 dalam masa hanya lima minit.

Ia sudah diuji ke atas sekitar 200 orang di sebuah kemudahan pengasingan serta dormitori dan kini menunggu kelulusan dari Penguasa Sains Kesihatan (HSA).

Sampel swab cecair hidung dimasukkan dalam cip bio yang kemudian dipasang pada komputer riba.

Sebuah aplikasi kemudian menguji sampel tersebut dan beberapa hasil keputusan COVID-19 yang positif boleh disahkan dalam masa sepantas lima minit
sementara hasil yang negatif pula dalam masa sejam.

Ia lebih pantas daripada ujian cepat antigen dan tidak menjejas ketepatan keputusan yang dihasilkan.

Sebuah komputer riba boleh mengendalikan 150 ujian pada satu-satu masa.

Menurut Cell ID kadar ketepatan yang sama diperolehi seperti ujian PCR konvensional.

Ujian tersebut juga lebih murah kerana tidak memerlukan ruang atau peralatan di makmal.

Ia diuji di dormitori S11 dan Kemudahan Jagaan Masyarakat di Ekspo awal tahun ini dengan kerjasama Hospital Besar Sengkang serta Kampus Kesihatan Woodlands.

Daripada 215 orang yang diuji menggunakan cip itu, 27 kes positif COVID-19 dikesan.

Hasil pertama diperolehi dalam masa tujuh minit. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan